kalau bukit jalil tak boleh main nampaknya shah alam lagi la... kita kalau kena dengan player dan formation memang boleh makan team lain... tapi tula dah jelas player lain xleh nak harap sangat tetap kekal...
First and foremost, we have to give credit where credit is due. We have to admit that Dollah got the tactical spot on tonight. Based on the first leg performance of Harimau Malaya, the Vietnamese thought they had Harimau Malaya numbered. Instead Dollah and his boys came out of the blocks gun blazing and brought the game to Vietnam. A totally different team from the one that played in Shah Alam.
Kebijaksanaan Indra, Shahrul dan Azamuddin mengeksploitasi perangkap offside Vietnam harus dipuji. Pada separuh masa pertama, perangkap offside Vietnam tidak menjadi kerana Azamuddin dan Indra banyak membuat run from deep untuk menewaskan perangkap offside. Shahrul pula diletak sebagai decoy dengan berada di posisi offside untuk memperdaya pertahanan Vietnam. Brilliant and superb!
Kehadiran semula Shukor dan Amri ternyata memberi keyakinan kepada para pemain. Benteng pertahanan yang dibarisi Zubir, Fadhli, Shukor dan Kuna ternyata begitu berdisiplin mengekang serangan daripada Vietnam.
Se ghaso Zubir paling mantap maso first half. Semuo kojo dio buek. Block shot, intercept passes, tackling players, clearance header. Untuk second half pulak, semuo defender memang caya poit! Walaupun bolos sobijik, tapi totap dapat kokang Vietnam selamo 33 minit sobolum Vietnam dapek gol keduo.
Pemain yang begitu ditagih oleh rakyat Malaysia supaya diturunkan dalam kesebelasan utama, Badhri, ternyata memberi sumbangan besar. Hantaran-hantaran jauh yang berjaya mengesan larian Indra, Shahrul, dan Azamuddin banyak kali memberi masalah kepada pertahanan Vietnam. Hasilnya, gol ketiga dan keempat Harimau Malaya adalah berpunca daripada hantaran beliau.
Kot ado yang poghasan, dalam post lopeh ado se sobut an yang teammate Badhri patut support dan make a run untuk Badhri mompamerkan koupayaan deh pado tahap optimum. Somudah A,B,C.
Satu aspek lagi yang harus dipuji ialah offside trap Harimau Malaya. Perkara ini tidak dapat dilihat dalam perlawanan di Shah Alam. Mungkin dengan kembalinya Shukor, para pemain lebih berkeyakinan untuk melaksanakan perangkap ini. Terlalu kerap penyerang Vietnam terperangkap dan sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan Vietnam.
KESIMPULAN :
Berbunga semulalah harapan rakyat Malaysia untuk melihat Harimau Malaya menjulang piala AFF sekali lagi pada tahun ini. Corak permainan yang positif, pertahanan yang kental, komitmen daripada setiap pemain di atas padang, dan taktikal yang menjadi.
Se akui se sondighi ghaso yang kito tak buleh nak poie final kali ni. Sobab eh toghuk bona main maso kek Shah Alam maghin. Tapi Dollah dan anak buah deh mombuktikan se salah. Se memang tabik semuo pemain dan coaching staff kito.
Bolehkah kita bermimpi untuk mengucup semula piala AFF ini? Masih ada Thailand yang menanti untuk merosakkan mimpi kita itu. Skuad negara harus kembali fokus dan tidak terlalu dibuai kejayaan ini. Tetapi untuk malam ini, biarlah mereka bergembira dahulu dengan misi hampir mustahil yang berjaya disempurnakan dengan penuh bergaya.