MLM2014: Zero Kumpulan Pertama Terima Empat Setengah Bintang
Dec 6, 2014 11:39:45 GMT 8
bimbi likes this
Post by manjacat on Dec 6, 2014 11:39:45 GMT 8
MLM 2014: Tiada Penyingkiran, Zero Kumpulan Pertama Terima Empat Setengah Bintang
Tema parodi di minggu keempat program Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung sebentar tadi memberi pelbagai kejutan terutamanya persembahan yang cukup hebat oleh kumpulan Zero dan Bocey selain teguran ‘pedas’ yang diberi kepada kumpulan Jalor oleh Datuk Jalaluddin Hassan.
Nur Fazura yang mewakili barisan pihak juri telah mengumumkan tiada penyingkiran yang berlaku di minggu keempat MLM 2014 sekaligus memberi peluang kepada 12 kumpulan untuk terus berentap di minggu hadapan.
Zero yang tampil dengan parodi ‘The Avengers’ membuktikan mereka bakal menjadi ‘favourite’ serta tumpuan barisan pihak juri mahupun penonton selepas buat pertama kalinya sebuah kumpulan lawak menerima empat setengah di program Maharaja Lawak Mega menerusi persembahan mereka yang cukup hebat.
Kumpulan yang dianggotai oleh adik-beradik ini membuktikan tanpa populariti, mereka masih mampu untuk bangkit dan memberi saingan hebat terhadap kumpulan yang sudah mempunyai pengalaman di pentas MLM 2014.
Dalam pada itu, kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Achey, Abam dan Fard memberi amaran awal bahawa mereka akan terus kekal berada di kedudukan teratas undian MLM 2014 setelah nama kumpulan berada tersenarai menerusi Twitter ‘Trending Worldwide’ juga di Malaysia.
Persembahan hebat yang dipamerkan oleh Bocey memberi peluang kepada salah seorang kumpulan mereka iaitu Abam untuk terpilih sebagai ‘Man Of The Match’ oleh pilihan pendengar radio Sinar FM.
Walaupun bagaimanapun, tiga kumpulan yang berada di kelompok tiga terbawah iaitu Jalor, Wala dan Ekzos terselamat daripada disingkirkan minggu ini selepas tiada penyingkiran yang berlaku.
Namun yang apa yang menjadi perhatian pada malam ini adalah teguran yang diberikan oleh Datuk Jalaluddin Hassan terhadap kumpulan Jalor yang dilihat tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia menerusi persembahan mereka.
Dengan berakhirnya pentas minggu keempat MLM 2014, 12 kumpulan yang masih berpeluang untuk merebut hadiah lumayan, iaitu wang tunai sebanyak RM 500,000.
Maharaja Lawak Mega 2014 yang dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal disiarkan secara langsung dari Dewan Teater Shah Alam, setiap Jumaat, bermula jam 10 malam dan disiarkan serentak di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).