Post by manjacat on Dec 21, 2014 15:44:33 GMT 8
KEGAGALAN MALAYSIA, KESUNTUKAN MASA DAN MANSUHKAN PIALA MALAYSIA.
"I had only one month of preparation, so that is not desirable, that is why I chose mainly the senior players for the team." - Dollah Salleh
1. Inilah antara alasan Dollah Salleh yang terpacul keluar ketika post-match press conference semalam dengan riak wajah yang cukup kecewa dan berduka lara.
2. Iya, Dollah Salleh ada hanya ada masa 1 bulan untuk menyiapkan pasukan ini, malahan Dollah Salleh hanya di lantik sebgai jurulatih hanya pada bulan Jun yang lepas, berbanding lain-lain negara seperti Filipin, Singapore dan Thailand, mereka sudah lama siapkan pasukannya dan mereka juga mengadakan latihan pusat di luar negara untuk kejohanan AFF ini.
3. Punca utama kesuntukan masa kita adalah FAM bangang. Liga kita terlampau panjang perjalanannya, dan liga kita juga berhenti rehat lebih sebulan semasa bulan Ramadhan dan Aidilfitri.
4. Padahal liga kita hanya ada 12 pasukan, Thai Premier League ada 20 pasukan, Indonesia Super League ada 20 pasukan. Tapi liga kita masih berpanjangan hingga ke hujung tahun kerana apa? Kerana Piala Malaysia.
5. Sebenarnya Piala Malaysia adalah satu kejohanan yang tidak diiktiraf oleh FIFA dan AFC kerana menggunakan format liga dan kalah mati dalam satu kejohanan. FIFA dan AFC menggariskan kejohanan peringkat negara hanya boleh menggunakan format sama ada liga atau pun kalah mati sahaja, tidak boleh digabungkan kedua-keduanya
6. Format liga dan kalah mati dalam satu-satu kejohanan hanya diterimapakai di kejohanan bertaraf benua seperti UEFA Champions League, AFC Cup, AFC Champions League, Asian Cup, EURO, & World Cup.
7. Malahan AFF Suzuki Cup juga tidak diiktiraf FIFA kerana bukan bertaraf kejohanan benua. Jadi tiada keistimewaan dari segi pungutan mata untuk ranking FIFA kalau memenangi kejohanan AFF Suzuki Cup ini, tetapi mata untuk ranking FIFA hanya dikira sebagai perlawanan persahabatan berkelas 'A'
8. Sebab itu juara Piala Malaysia tidak boleh diberi apa-apa slot ke AFC Cup ataupun AFC Champions League, sebab kejohanan ini tidak diiktiraf AFC. Dan slot-slot ini diberikan kepada Juara Piala FA dan Juara Liga Super kerana dua kejohanan diiktiraf AFC.
8. Berbalik kepada Piala Malaysia, kejohanan dikekalkan mungkin kerana 3 sebab, pertama kerana prestijnya sebagai kejohanan tertua di rantau Asia, kedua kerana kemeriahannya kerana berlangsung asing dari kejohanan yang lain, dan ketiga kerana masyukkkk.
9. Jika kita perhatikan, Piala Malaysia sentiasa menarik penaja untuk menaja kejohanan ini, walaupun pada hakikatnya kejohanan in menjadi hak Astro sepanjang kontrak mereka besama FAM, tetapi musim lepas kita lihat Watson datang menjadi penaja bersama, musim ini pula Oppo. Piala Malaysia juga lubuk penajaan.
10. Piala Malaysia wajar dimansuhkan, kalau sayang untuk mansuhkan Piala Malaysia, tukarlah format Piala Malaysia, langsungkan Piala secara kalah mati sepanjang liga berjalan. Sama seperti FA Cup dan League Cup (dulu Carling Cup, sekarang Capital One Cup) di England.
11. Dengan pemansuhan Piala Malaysia ini, jumlah pasukan di Liga Super dapat ditambah supaya menjadi lebih kompetitif dan jurulatih kebangsaan juga mempunyai pool player yang besar di Liga Super untuk dipilih.
12. Sehingga sekarang FAM masih gagal menentukan hala tuju Liga Malaysia untuk musim depan. Kontrak penajaan bersama Astro sudah tamat, tapi hingga sekarang FAM belum memutuskan lagi hak ini akan dihadiahkan kepada siapa. (Sama ada Astro-FOX Sport / Zenith-IMG / Media Prima-TM)
13. Malahan cerita-cerita indah penswastaan liga pada musim depan pun sekali lagi ditangguhkan.
14. Kebangangan FAM mengurus liga, kebangangan FAM lembap dalam mencari jurulatih kebangsaan, dan sedikit kebangangan Safee Sali menyumbang kepada kegagalan Malaysia untuk edisi kali ini.
-I.S