aku rasa mesti semua dah baca twit rosham nor baru baru ni
citer ni, of coz menjadi viral dan dikongsi oleh ramai warga internet, dan ianya mengundang Hamleys untuk memohon maaf.
KUALA LUMPUR: Kedai permainan Hamleys pada Ahad mengeluarkan satu kenyataan maaf di laman Facebook rasminya berkenaan isu yang telah diutarakan oleh pelakon Datuk Rosyam Nor.
Dalam kenyataan tersebut, Hamleys turut memberi penjelasan bahawa tiada sebarang polisi syarikat yang tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung.
Pada Khamis, Rosyam melalui laman Twitter telah meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai Hamleys yang didakwa meminta anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di kedai permainan tersebut.
Perkara ini telah mendapat perhatian Pergerakan Puteri Umno yang turut mengecam perkara tersebut.
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata sikap diskriminasi dan rasis terhadap pekerja wanita yang bertudung tidak seharusnya wujud dalam negara yang sedang berusaha mencapai status negara maju dan abad ke-21.
Syarikat yang terletak di pusat beli belah One Utama itu mengakui bahawa isu tersebut tercetus apabila salah seorang pekerjanya telah mengambil tindakan sendiri iaitu luar dari polisi syarikat.
Sehubungan itu, Hamleys memberitahu tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja tersebut.
#BoycottHamleys terus! aku kompeni macam ni.. mmg haramkan terus dari masuk dan beli! mcm mana aku boikot McD,Cadbury,High-5.. sampai aku berjaya yakinkan beberapa pengurus stesen minyak untuk mengurangkan roti yg aku boikot.. dan penuhkan dgn massimo dan Gardenia..! pekerja-pekerja bangla dia pun aku saiko kan!
jgn kasi can kt kompeni yg hina umat islam negara ni.
bukan first time aku dgr cite yg similar tp sbb bukan datuk kot yg tulis, so takde action sedih, negara islam pun boleh ada issue ni negara yg bukan islam pulak yg lebih hormatkan org islam