Bos besar Air Asia dah turun padang menyaksikan perlawanan persahabatan diantara pasukan liga perdana, PDRM FA menentang pasukan baru liga FAM musim ini, Air Asia FC di padang Pulapol petang semalam.
Tan Sri Tony Fernandes ada misi dan visi untuk membawa pasukan Air Asia FC menjadi kelab bolasepak yang digeruni dalam Liga M satu hari nanti. Mereka akan bermula dari bawah.
Pencabar terkuat mereka ialah Real Mulia FC dan JDT 3.
Ikuti perkembangan pasukan Air Asia FC di fb rasmi mereka
ok, respect sekejap kat Tony Fernandes:
1) dia invest untuk memajukan bolasepak malaysia 2) unlike other teams (JDT uhuk uhuk), dia tak guna shortcut start terus dari liga Super. instead, dia start dari bawah, i.e. Liga FAM.
ok, nanti aku carik lagi info pasal Air Asia FC skarang ni aku nak citer pasal Real Mulia FC plak. Real Mulia ni satu je yang aku tak brape berkenan buat nama kelab tiru Real Madrid logo pun dah nak dekat sama tapi katanya kelab ni menjadikan Real Madrid sebagai model untuk kelab.. sebab tu logo dekat sama hantam sajalah labu
Pemilik Kelab: YAM Tengku Fahd Muadzam Shah Penasihat: Datuk K.Rajagobal Ketua Jurulatih: Yunus Aliff Pengarah Teknikal: Alistair Edwards
first of all, dia punya coach. gandingan Yunus Aliff dan Alistair Edwards. 2 player legend kat liga Malaysia dulu. since diorang main liga FAM so takde masalah kalau diorang punya player mostly local player. tak perlu import pun dah maybe boleh compete for championship. berikut adalah antara player2 yang diorang sign. pendek kata, memang nobody. bukan star player la.
ni antara player yang diorang sign. impressed gak la aku. umur dah 24 pun buleh selected.
KUALA LUMPUR – Bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal kini menyandang jawatan selaku Penasihat Real Mulia FC, sekali gus menepis ura-ura sebelum ini bahawa dia akan menyertai salah sebuah pasukan dalam Liga Super atau ke Singapura.
Kelab bola sepak milik Tengku Fahd Mu’adzam Shah, anakanda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ini akan beraksi dalam Liga FAM, pertandingan divisyen tiga Liga Malaysia mulai Mac depan.
Rajagobal, 59, yang menerajui Harimau Malaya menjulang Piala AFF juga didapati telah menghadiri sesi ujian pemilihan terakhir Real Mulia di Stadium Merdeka di sini minggu lalu.
Real Mulia yang dinamakan bersempena kelab ternama Sepanyol, Real Madrid, turut melantik bekas pemain negara dan Pahang, Yunus Alif sebagai ketua jurulatihnya.
Bekas pemain Australia yang pernah mewakili Singapura, Johor dan Selangor serta pengulas sukan di TV Alistair Edwards pula dilantik sebagai Pengarah Teknikal Real Mulia.
“Masing-masing ada bidang tugas, jadi tidak bertindan dengan tugas saya dalam membuat keputusan sebagai ketua jurulatih pasukan ini.
“Saya nampak sekurang-kurangnya ada juga input idea lain yang mampu membantu tugas saya,” kata Yunus kepada Utusan Malaysia.
power power... anak sultan pahang punya kelab... walaupun cam ade sangsi dekat situ... ok la kalau nak meriahkan scene bola malaysia... maybe aku boleh jadi ultras Real Mulia...
ok. citer pasal liga FAM, aku dengar ada berita pelik memula aku dengar liga FAM nak tukar jadi piala FAM tak tau la kot diorang nak buat kalah mati instead of liga. ke macam mane.
ape ape pun, Liga Divisyen 3 menampilkan 19 pasukan tahun ini..
Permohonan pasukan untuk menyertai Liga divisyen 3 memang banyak tahun ini tetapi hanya kelab yang ada sumber kewangan yg kukuh sahaja dibenarkan menyertainya..
Tahun depan, liga super dan liga perdana akan diswastakan sepenuhnya. Liga divisyen 3 ini akan jadikan sebagai liga elit yang lebih professional.
anyway, dalam liga FAM kali ni, aku tertarik kepada a few pasukan
1) Air Asia FC, sebab ada backing daripada tony fernandes 2) Real Mulia FC, sebab katanya diorang tiru development Real Madrid 3) Penjara FC, .... the longest yard? Penjara FC lawan PDRM. lololol. 4) Majlis Bandaraya Ipoh FC sebab........... Ipoh. yeahhh dats what im talking about
Mendengar nama 'wonderkid' Ash Hameed sebagai pemain baru Real Mulia FC, pastinya menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat pasukan Kelantan memandangkan pemain ini baru menandatangani kontrak bersama pasukan dari pantai timur itu dan diperkenalkan secara rasmi kepada peminat pada 1 Disember lalu.
Ada yang membuat andaian dia dipinjamkan tetapi pada hakikatnya Ash dan TRW sudahpun mencapai 'mutual termination' (persetujuan bersama untuk penamatan kontrak) dan pemain ini menyertai RMFC sebagai ejen bebas. Mengulas lanjut mengenai punca pemain yang dianggap George Boateng sebagai bintang masa depan ini meninggalkan TRW, ayah Ash, Shahul Hameed berkata, "Telah berlaku sedikit perselisihan antara Ash dan seorang pemain TRW yang mengundang pergaduhan kecil. Pergeseran antara rakan sepasukan di atas padang adalah perkara biasa, namun Ash masih lagi seorang remaja, berusia 17 tahun, pada saya cara dia diperlakukan adalah tidak betul."
"Perkara ini telah mengundang campur tangan Boateng yang berkata perkara seperti ini tidak akan berulang. Tetapi saya merasakan tiada jaminan kejadian seperti ini tidak akan terjadi lagi apatah lagi pengurusan seolah tidak peka dengan kejadian ini.
"Kami telah mengadakan perbincangan dengan KAFA untuk meminta dia dilepaskan. Walaupun keberatan pada awalnya, KAFA bersetuju dengan permintaan kami untuk dia dilepaskan atas persetujuan bersama. Perkara ini telah selesai dengan baik dan kami mengucapkan terima kasih kepada Kelantan kerana telah memberi Ash peluang menimba ilmu dan menyarung jersi Kelantan.
"Ia satu kebanggaan buat kami kerana kami menghormati Kelantan sebagai sebuah pasukan elit, mempunyai pemain berkualiti dan kami mendoakan Kelantan akan terus berjaya. Semoga keputusan ini juga baik untuk perkembangan karier Ash. Mungkin belum masanya untuk dia beraksi dalam Liga Super tetapi dia akan menapak dari bawah dan memberikan yang terbaik untuk Real Mulia InshaAllah."