Sebagai komposer lagu Romancinta yang dipertandingkan dan anggota kumpulan Mojo sudah tentu saya tidak akan membenarkan perkara itu berlaku dan akhirnya saya membuat keputusan untuk menggugurkan Aweera.
Pada saya ini saja jalan terbaik, kerana sepanjang rancangan ini berlangsung banyak sangat masalah ditimbulkan Aweera. Tambahan pula saya sudah banyak mengalah, jadi saya membuat keputusan tempatnya akan digantikan penyanyi lain.
^ Kata edry
Saya terkilan apabila dia (Edry) menuduh saya disingkirkan daripada Mojo kerana menimbulkan masalah kepada kumpulan itu, kalau saya bermasalah daripada awal lagi saya tidak mahu bagi kerjasama. Perkara sebenar adalah saya yang menarik diri. Dia meminta saya untuk berduet dengan penyanyi baru mereka (Mojo) iaitu penyanyi dari Indonesia pada malam AJL 29 nanti dan cadangan itu saya tidak setuju sama sekali.
Dia suruh saya nyanyi bahagian yang susah (korus) dan penyanyi baru itu bahagian verse sahaja. Itu tidak adil, ini bukan persembahan majlis makan malam. Perjanjian pula tidak adil jika kami menang, saya akan berkongsi (wang kemenangan) dengan penyanyi itu. Oleh itu saya tarik diri depan semua krew produksi TV3.
video version daripada ape yang Lang tulis kat atas
MOJO @ Edry
Aweera
bagi aku, fair la kepada Aweera ape ke lahanat kena nyanyi duet plak. ok aku tau, ramai yang cakap Aweera ni bermasalah masa ada dengan mojo selalu tak datang promosi
tapi time semi aku rasa ok je dia perform although aku rasa performance aweera time semi tu bagi aku dissapointing la. gile lain key lagu tu masa aweera perform kat semi
bagus la pun time final mojo tukar penyanyi
by the way, penyanyi yang ganti mojo tu mane peginye time final?