Post by Penchuri Kobes on Jan 23, 2015 18:54:46 GMT 8
akan datang di TV9
Lari. Itulah tajuk sebuah rancangan hiburan berkonsepkan variety show dari Korea iaitu Running Man. Running Man versi Malaysia ini bakal diterbitkan di TV9 tidak lama lagi.
Dikatakan setiap minggu, para peserta mahupun artis jemputan akan diberikan tugasan atau misi untuk disempurnakan.
Antara barisan peserta tetap yang bakal ‘berlari’ adalah:
Azwan Ali nookkk
Arja Lee
Aisya Hasnaa
Haris Alif
Afiq Shazwan
Achok Raja Lawak (Kecik)
Adakah game show Lari ini akan setanding dengan Running Man Korea yang dibarisi peserta hebat seperti Yoo Jae suk, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, Haha, Kang Gary dan Ji Suk Jin?
aku rasa, semua orang kat mesia ni skeptikal bagi aku, bukan masalah tiru atau tak meniru ala, rancangan rancangan kat mesia ni aku rasa semua tiru rancangan lain kut
rancangan nyanyi itu pop idol bolos tiru hole in the wall af tiru rancangan mexico apentah
aku rasa, concern sekarang ni, adekah artis artis kat mesia ni buleh buat variety realiti banyak la sebab so far, takpenah lagi ada program variety kat mesia ni (kalau tak silap aku la - aku maybe silap memandangkan aku jarang tengok tibi)
yang menarik dalam variety ni sebenarnye bukanlah nak tengok player tu main bagi menang tapi nak tengok diorang ni buat mende mende kelakor untuk dapat airtime kalau main betul2 nak menang, nanti jadi tryhards plak.
kalau nak tengok diorang main game untuk menang better kita tengok fear factor atau explorace
Kalau tiru bulat2, adekah watak2 dalam lari tu buleh menyaingi hos hos korea tu?
Even di kalangan retis korea sekalipun, tak ramai yang boleh buat variety.
Retis2 mesia ni aku tengok mostly tryhards je.
Penonton mesia pun sama. Aku tak rasa penonton mesia boleh accept Variety concept. Ape yang berlaku dalam show, kadang2 tu diorang saje je buat. Macam kim jong kook dok membuli lee gwang soo masa awal awal running man