talent management ni bagi aku susah sebab dalam e-sport, setau aku ada 2 cara je ko nak dapat income (1) championship (2) sponsorship
tak logik aku rasa untuk dapat seseorang yang buleh menang all the time so sponsorship kena ada means kalau ko dah ada good talent ko kene pandai naik turun kompeni carik sponsor
Hari ini, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia telah dilancarkan secara rasminya, sekaligus menyaksikan fokus yang lebih diberikan kepada sukan permainan elektronik di Malaysia – disamping pada masa yang sama mempromosikannya dan membawanya ke tahap yang lebih serius di Malaysia. Persatuan Sukan Elektronik Malaysia atau turut dikenali sebagai eSports Malaysia (ESM) telah pun didaftarkan dengan Suruhanjaya Sukan Malaysia, dan dengan pelancaran rasmi ini, mereka berkongsi beberapa perancangan yang disediakan oleh mereka untuk pertengahan pertama 2015 ini.
ESM
Seperti semua sedia maklum, sukan elektronik merupakan salah satu industri yang besar dengan pelbagai syarikat yang menyokongnya, disamping ramai pemain antarabangsa menjadikan ia sebagai kerjaya serius. Berdasarkan statistik yang dikongsikan, pasaran permainan elektronik di Asia Tenggara dikatakan sekitar $1 bilion pada tahun ini dan dijangka menjadi sekali ganda menjelang 2017.
Dengan pelancaran Persatuan Sukan Elektronik Malaysia ini, mereka akan memfokuskan kepada lima perkara utama, iaitu menjaga kebajikan pemain, memantau dan menetapkan piawaian, mendidik mengenai sukan elektronik, mempromosikan pembangunan permainan, dan pada masa yang sama mendapatkan pengenalan dan pencapaian pada peringkat antarabangsa. Pelancaran ESM ini juga dilihat turut menjadikan Malaysia menyertai badan International e-Sports Federation.
Seperti biasa, beberapa perkara utama perlu dilakukan oleh ESM ini dalam masa terdekat, terutamanya dalam mempromosikan sukan elektronik di Malaysia, terutamanya dalam memberikan keyakinan untuk ramai menceburinya tanpa risau akan mengenai masa depan kerjaya mereka dalam arena tersebut. Pihak ESM mengatakan mereka akan mengadakan sebuah siri Jelajah eSports Malaysia dalam membawa bas yang dilengkapi peralatan sukan elektronik dari satu bandar ke bandar lain dalam mempromosikan sukan elektronik.
Disamping itu, pihak ESM turut mengatakan mereka akan mengadakan sebuah liga khusus untuk pemain Malaysia, dimana ia dijadualkan untuk dimulakan pada 1 Mei 2015 kelak. Maklumat lanjut mengenainya dijangka akan dikongsikan kelak, dan mungkin ini akan menjadi salah satu titik tolak dalam membawa sukan elektronik setapak kehadapan.
Layan jelah.. Orang da sponsor kan. Dapat la pengalaman lain sket.
Cuma kadang2 tu aku tak dapat join, sebab bile ko masuk tourney ni, semua plan ko untuk hari tu mmg burn la. So kadang3 tu hari sabtu tu aku balik kmpung, or gi drive mane2.. So tak dapat la join