KUALA LUMPUR: Filem adaptasi novel terkenal, ‘Fifty Shades of Grey’ tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia kerana mengandungi elemen-elemen erotika.
Pengedar filem itu di Malaysia, United International Pictures (UIP), pada awalnya berkata filem itu akan ditayangkan pada 12 Februari ini.
Namun menurut laman web cinema.com.my, pihak UIP mengesahkan filem berkenaan tidak akan ditayangkan di negara ini.
Di Amerika Syarikat, ia mendapat klasifikasi ‘R’ dimana mereka di bawah umur 18 tahun masih boleh menonton filem berkenaan dengan ditemani orang dewasa.
Singapura pula masih menanti klasifikasi rasmi untuk filem itu.
Keputusan untuk mengharamkan filem itu di pawagam Malaysia bagaimanapun telah dijangka oleh warga media sosial:
Isu Fifty Shades of Grey: Filem erotik bunuh budaya ketimuran negara - Zed Zaidi
KUALA LUMPUR: Filem adaptasi novel terkenal, ‘Fifty Shades of Grey’ yang mengandungi elemen erotik dilihat mengundang perpecahan nilai murni masyarakat di negara ini.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berkata, babak-babak panas di dalam filem berkenaan sebenarnya boleh mempengaruhi golongan muda-mudi untuk mencontohi adegan berkenaan di alam nyata.
"Sebenarnya filem ini mempengaruhi masyarakat kita secara keseluruhannya. Apa yang dilakukan kerajaan dilihat langkah bijak yang harus dihargai semua.
"Jika ia tidak disekat, pasti pelbagai gejala sosial lain boleh timbul akibat pengaruh penonton kepada filem ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Filem adaptasi novel itu diumum tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia kerana mengandungi elemen-elemen erotik.
Dalam pada itu kata Zed Zaidi, penayangan filem itu dilihat bentuk agenda negara Barat untuk merosakkan budaya murni ketimuran yang dipegang negara sejak sekian lama.
"Ini agenda luar yang cuma 'cucuk jarum' melalui propaganda filem untuk merosakkan budaya dan keharmonian antara kaum.
"Mereka (negara barat) memang sentiasa cuba merosakkan negara luar dengan anasir yang dibawa melalui muzik, gambar-gambar dan kini melalui filem.
"Apabila 'jarum' mereka 'dicucuk', satu pembawaan imej mengikut kemahuan barat dapat dilabel di dalam fikiran golongan sasar, seperti contoh mereka melabel pengganas dengan orang Arab," jelasnya.
Katanya lagi, pelbagai aspek negatif yang cuba diserap di dalam filem sebelum ini harus dipantau kerajaan terhadap filem-filem berunsur negatif selepas ini.
"Sebagai contoh, ada filem yang mengajar cara-cara mencuri dengan teknik profesional dan ia diikut penjenayah di negara ini.
"Sama juga konsepnya dengan filem berunsur erotik seperti ini. Ia hanya mengundang pelbagai masalah dan gejala sosial yang hanya memalukan negara kelak," jelasnya.
citer pasal cucuk cucuk, libas dan memukul kalau dari ape yang aku paham, boss kepada awek ade skandal cucuk cucuk tapi ade sain kontrek romen tanpa cinta
pastu awek tersebut dalam dilema dah selalu kene cucuk awek tu jadi suka