Lol. ada update kisah ini. nampaknya Shahiezy Sam kata, cuma Puteri Najwa je yang penah kapel dengan dia
shots fired!
Shaheizy Sam Akui Hanya Puteri Najwa Sahaja Bekas Kekasih
“Bagi Sam, pasangan bercinta pasti akan ada penghujungnya. Kalau tidak berakhir di alam perkahwinan, ia akan berhenti di tengah jalan (putus). Sam belum melalui zaman perkahwinan, tetapi pernah lalui situasi putus cinta”
“Melihat dari sudut dan jalan penceritaan berkaitan Fazura, Syatilla, dan Najwa, hanya Najwa saja bekas kekasih Sam. Kekasih pasti ada penghujungnya”
“Akan tetapi, persahabatan dan kawan-kawan datang dan pergi. Apa yang Sam boleh katakan, ia adalah hubungan kawan-kawan saja,” katanya kepada Berita Harian.
Selain itu, walaupun hubungan mereka tidak kesampaian ke jinjang pelamin, Puteri Najwa masih berhubung mesra dengan keluarga Sam sehingga ke hari ini malah kemesraan itu sering disalah erti sehingga wujudnya desas-desus percintaan mereka kembali bertaut.