Logik la kot..time ada duit belanja sakan sampai pengurus dh advice soh simpan or jimat tapi kot tegar & mak dh kelabu mata. Yg si pengurus lak pandai manage/labur gaji yg dia dpt dr tegar. Sbb tu ilmu sgt penting dr segalanya.
Bukan xde kes artis kaya mendadak then lingkup bukan sbb pengurus ke apa
ayat power beb. jangan bekerja dengan dia. dia lebih teruk dari setan.
Pengurus Tegar, A Pernah Tipu Penyanyi SG, Sufie Rashid
KUALA LUMPUR, 19 FEB 2015: Nampaknya bukan Tegar saja yang dianiaya pengurus bernama A, sebaliknya dia juga pernah menjadikan penyanyi Singapura, Mohammad Sufie sebagai mangsa sebelum ini.
Perkara itu telah didedahkan sendiri oleh Mohammad Sufie atau lebih dikenali sebagai Sufie Rashid menerusi laman facebook peribadinya.
Menurut Sufie Rashid dia kenal siapa pengurus yang dimaksudkan sebagai A itu. Malah, Sufie Rashid juga secara berani telah mendedahkan nama sebenar pengurus A itu sebagai Arif Dollah.
"Saya kenal siapa A. Nama dia Arif Dollah. Jika ada sesiapa nampak dia, jangan bekerja dengan dia. dia lebih teruk dari syaitan.
"Dia pernah menguruskan saya tetapi dia telah menggunakan saya dan menguasai kehidupan keluarga saya. Kasihan Tegar, dia seorang budak yang lurus.
"Kepada Arif, kalau awak baca ini, hati-hati kerana semua orang mencari anda. Awak adalah satu-satunya lelaki yang saya tidak akan maafkan sampai bila-bila pun atas apa yang anda lakukan terhadap saya dan keluarga saya. Awak lebih teruk dari binatang," katanya lagi.
by the way, aku pun tak tau pihak mana yang betul sebenarnya. based on intebiu di pancaindera...
summary:
Dia menafikan yang dia menipu, then kalo betul dia menipu napa x buat repot polis ... heshe tak gentar kalo tegar buat repot polis sbb heshe yakin tak bersalah malah tegar masa 2 minggu sebelum ni mengaku rindu akan masakan heshe ...bukti dlm IG si aripdollah ni
Malah heshe si arip ni syak bapak tiri si tegar punya angkara 'drama swasta' ni terjadi sebab lepas show di istana budaya, bapak tirinya bagitau dia dah tak diperlukan lagi