Ketua jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) B. Satianathan mengakui bertanggungjawab keatas penyingkiran pasukan itu dari saingan Piala FA selepas tewas 3-0 bertemu T-Team.
Kekalahan tersebut merupakan yang keempat berturut-turut selepas tewas ketiga-tiga perlawanan Liga Super sebelum ini.
Sebelum bermulanya musim baru Liga Malaysia, ramai yang berpendapat ATM antara pasukan pilihan yang mampu mencabar kejuaraan kerana dibarisi beberapa pemain berkualiti.
B. Satianathan akui perlu menukar taktikalnya dan perlu merombak semula pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama.
Jika dinilai semula barisan pemain The Gladiators, B. Satianathan sememangnya memilik barisan pemain yang mantap dan berpengalaman.
Kemasukkan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo serta penyerang yang beraksi di Piala Dunia 2014 Jerry Palacios seharusnya membuahkan hasil namun kegagalan kedua pemain untuk mencapai keserasian nyata memberi impak negatif dalam memburu gol.
Anak buah Satianthan harus bangkit dari tidur sekiranya tidak mahu terus dimalukan pasukan lawan.
Ketika ini The Gladiators menduduki tangga ke 11 liga tanpa sebarang mata selepas tiga perlawanan.
KAPTEN The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi mahu rakan sepasukannya mengekang semua pemain import Perak apabila kedua-dua pasukan bertemu aksi tunggal Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, malam esok.
Mohd Badhri berkata, kelibat penyerang, Charles Souza Chad, Nam Kung Woong, Marco Tulio Silva dan Thiago Junio wajar diberi perhatian memandangkan mereka tulang belakang kekuatan Perak dalam saingan liga musim ini.
Menurutnya, percaturan terbaharu jurulatih Perak, Datuk M Karathu mengubah posisi Woong daripada pemain tengah kepada penyerang bergandingan bersama Souza Chad terbukti berhasil apabila awang import Korea Selatan itu sudah menjaringkan empat gol termasuk dua dalam kempen Piala FA.
“Bagi saya, jika Kelantan mahu mendapatkan keputusan positif, kami perlu merantai setiap inci pergerakan mereka dan tugas itu bukan hanya terletak dibahu benteng pertahanan sahaja tetapi semua pemain juga perlu memikul peranan sama, malam esok.
“Selain itu, kami juga tidak boleh memandang rendah kemampuan pemain muda Perak kerana apa yang saya perhatikan semangat juang mereka cukup tinggi, sentiasa bekerja keras untuk memenangkan pasukan meskipun kurang pengalaman,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Malah jeneral padang berusia 33 tahun itu turut mengakui bukan sesuatu yang mudah bagi pasukannya untuk meraih tiga mata di Ipoh memandangkan skuad The Bos Gaurus kini bukan sahaja berada di kemuncak prestasi malah turut kebal di laman sendiri mereka.
Justeru, Mohd Badhri menuntut komitmen tinggi rakannya agar lebih fokus pada pertemuan malam esok dan melupakan kemenangan ke atas Sarawak dalam kempen Piala FA, tempoh hari jika tidak mahu pasukannya pulang tangan kosong ke Kota Bharu.
Katanya, kejayaan menyingkirkan skuad Bujang Senang itu sudah berlalu dan pasukannya kini mempunyai tugas lebih sukar untuk menjinakkan Perak lebih-lebih lagi mereka tidak pernah kalah dalam tiga perlawanan setakat ini.
“Seboleh-bolehnya, kami mahu pastikan momentum kemenangan berterusan tetapi semua pemain tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kemenangan ke atas Sarawak apabila bertemu Perak.
“Jadi, kami tidak mahu pergi ke sana dengan keyakinan berlebihan kerana seperti saya beritahu sebelum ini, semua pasukan dalam Liga Super musim ini sememangnya kuat-kuat belaka,” katanya.
antara yang paling glemer, adalah insiden Ryan griffith menunjukkan isyarat "money" kepada reff sebab keputusan banyak memihak kepada JDT. refree dah kena beli..