mak jijan kata ini semua tipu udah mak jijan pulak masuk dalam ini drama. hahaha. rugi la ko jijan. awek sikit punye hot lu buleh layan awek lain.
Berita Harian hari ini melaporkan mengenai luahan hati ibu Zizan Razak, Anai Ibrahim yang sedih dengan perkara yang menimpa anaknya.
“Ibu tak tahulah kenapa ada yang dengki dan iri hati dengan Zizan sampai sanggup buat cerita macam itu? Sedangkan tuduhan itu semuanya penipuan semata-mata. Ibu nak jelaskan ibu tak pernah buat macam itu (muat naik gambar dan beri pembayang menyukai wanita berkenaan)”
“Macam ibu cakap tadi ada banyak lagi gambar orang lain (termasuk peminat perempuan) bersama Zizan dan ibu, tapi kenapa dia yang dijadikan sasaran untuk buat cerita begitu?”
“Anak ibu itu artis jadi sudah tentu ibu tahu kesannya jika buat perkara (muat naik gambar dan status) begitu. Takkan ibu tak boleh fikirkan benda yang tak cerdik macam itu sampai begini kesannya?” jelas ibu Zizan.
Selain itu, ibunya juga turut memberitahu bahawa Zizan tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap wanita tersebut dan hanya bekerja di atas dasar profesionalisme
okeh. kompem open season buleh la tukar relationship status skarang "Manjacat is in a relationship with Emma Maembong"
Emma Maembong Akui Sudah Tidak Cintakan Zizan Razak
Berita mengejutkan kami rasa untuk minggu ini malah dalam masa yang sama menjawab persoalan dan tanda tanya mengenai status hubungan Zizan Razak dan juga Emma Maembong – dan Emma sendiri memberitahu mereka sudah putus cinta dan tidak pernah sambung kembali.
“Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum”
“Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi”
“Saya malas untuk keluar kenyataan apa-apa sahaja kerana apa yang saya katakan mesti salah di mata orang. Orang akan tuduh saya seperti budak-budak dan bersikap tidak matang,” jelas Emma mengakhiri teka teki mengani status hubungan mereka.
Last Edit: Feb 27, 2015 16:36:12 GMT 8 by manjacat
Wanita dikaitkan dengan Zizan elak beri penjelasan
KUALA LUMPUR: Wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Zizan Razak mengelak untuk mengulas mengenai isu itu.
Naib Presiden GenNext Astro, Puteri Yasmin Megat Zaharuddin, berkata dia sudah memberikan kenyataan apa yang dirasakan wajar sebelum ini.
"Tidak ada kebenaran (mengenai dakwaan hubungan dengan Zizan), saya tahu anda semua pun tahu," katanya ketika ditemui pada suatu majlis di sini hari ini.
Yasmin juga berkata, dia tidak akan membuat sidang media untuk menjelaskan perkara itu.
"Saya sudah menjelaskan apa yang perlu saya katakan.
"Saya perlu menghormati majlis dan pihak penganjur. Tidak patut tumpuan diarah kepada saya," kata Yasmin mengelak menjawab asakan soalan media.
Ditanya kemungkinan Zizan memberi kenyataan pada majlis yang membabitkan pelawak itu malam ini, Yasmin berkata, Zizan lebih sesuai untuk mengulas mengenainya.