NEW DELHI - INDIA. Salah seorang banduan yang disabitkan kesalahan merogol dan bunuh pada 2012 menuduh mangsa rogolnya sebagai punca kejadian tersebut berlaku.
Melalui satu temuramah dengan BBC, Mukesh Singh memberitahu bahawa wanita yang keluar pada waktu malam patut dipersalahkan jika mereka menarik perhatian perogol.
"Perempuan patut dipertanggungjawabkan dalam kes rogol," kata Mukesh yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh mangsanya, Jyoti Singh.
"Apabila dirogol, mangsa tak sepatutnya melawan. Mangsa patut diam dan biarkan (dirogol). Kemudian perogol akan bebaskan mereka.
"Perempuan yang baik tidak akan berada di luar rumah selepas jam 9 malam. Kerja rumah adalah kerja perempuan, bukan pergi disko dan bar sambil memakai baju tidak sopan," kata Mukesh tanpa sebarang riak penyesalan.
Muskesh juga memberitahu bahawa hukuman mati akan memburukkan lagi keadaan.
"Sebelum ada hukuman mati, perogol akan tinggalkan mangsa selepas merogol. Sekarang (ada hukuman mati) perogol akan merogol dan membunuh mangsa rogol mereka," akhiri Mukesh.
aku rasa aku boleh accept kalau dia kata pompuan x elok kuar malam sorang sorang menarik perhatian perogol
tapi part yang bila dirogol, mangsa sepatutnya biarkan diri dirogol kalau nak selamat dan meringankan undang undang supaya perogol tak kisah kalau ditangkap aku rasa tu macam menggalakkan lagi perogol
saiko. Cer perogol lain buat centu kat mak dia or adik beradik pompuan dia. Mesti sonok kan??
rasanya kalau set set perogol macam ni diorang macam tak kisah sangat kat orang lain selain dari diri sendiri so kalau setakat kena kat adik beradik dia, dia tak kisah
patutnya perogol tersebut buat kat dia.... guna batang besi
Cam india tu negara mak bapak dia je nk buat suka hati x ikut law. Konon ppuan yg keluar mlm tu x baik.. abih tu yg laki tu baik sgt ke nk tangkap ppuan tah sapa2 pastu soh relakan diri dirogol..
kalau kat arab saudi, kalau pompuan yg jd mangsa rogol tu didapati jd penyebab kejadian rogol juga kena hukum skali tau. cth x tutup aurat, kuar malam2 tanpa mahram, berdua-duaan etc
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.