Post by manjacat on Mar 24, 2015 17:50:54 GMT 8
Lebih 2,000 daftar SR1M selepas dilancarkan
PUTRAJAYA - Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) menerima pendaftaran lebih 2,000 pengguna dalam masa seminggu sejak dilancarkan pada 16 Mac lepas selain dihujani pertanyaan lokasi jualan serta maklumat sebagai pengedar.
Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Optic Tech Sdn Bhd, Bakhtiar Shaari berkata pihaknya optimis sasaran sejuta pengguna SR1M menjelang akhir tahun ini mampu diraih berdasarkan sambutan menggalakkan, khususnya daripada golongan muda.
Pada harga pek permulaan prabayar serendah RM5.90, SR1M menawarkan perkhidmatan talian telekomunikasi, khidmat pesanan ringkas (SMS) serta akses internet.
"Jika ada pengedar yang didapati menjual SR1M melebihi harga ditetapkan RM5.90, khidmat mereka akan terus dihentikan.
"Ini bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau turut mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab menjual SR1M pada harga antara RM13 sehingga RM35 dalam talian.
Bakhtiar turut menjelaskan bahawa SR1M adalah hasil inisiatif Optic Tech Sdn Bhd dengan kerjasama antara Clixster Mobile Sdn Bhd serta Enabling Asia.
Clixster Mobile merupakan pengurus akaun yang bertindak sebagai pengurus, pembekal dan perantara antara SR1M dan U Mobile Sdn Bhd.
Ini berikutan kedudukan Clixster Mobile sebagai 'Mobile Virtual Network Operator (MVNO)' atau Operator Rangkaian Talian Mudah Alih Maya di bawah U Mobile, katanya.
Menurutnya, SR1M juga akan dijual di rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) selepas ini.
Setakat ini, ada kira-kira 400 pengedar SR1M di seluruh negara dan senarai pengedar berkenaan boleh dilihat di laman web www.sr1m.com.my.
Menurutnya, warga asing juga boleh menggunakan SR1M dengan syarat mereka memiliki pasport dan visa yang sah. - Bernama