Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Katherine mendakwa artis berkenaan tanpa segan silu membuat panggilan video dalam keadaan berbogel, selain menghantar gambar alat sulitnya.
"Dia pernah menelefon saya dalam keadaan bogel dan pada satu ketika memfokuskan pada alat sulitnya sahaja. Saya jijik dengan kelakuannya yang menganggap wanita hanya tempat pemuas nafsu.
"Saya sendiri tak faham mengapa dia berani berbuat demikian kerana dia mempunyai nama besar dalam industri hiburan," katanya kepada BH PLUS.
Katherine turut menunjukkan paparan skrin telefon bimbitnya perbualan pelawak berkenaan yang antaranya merayu beliau memaparkan gambar bogelnya serta mesej berbaur seks dan lucah.
Sebelum ini, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha mendakwa menjadi mangsa perilaku jelik pelawak berkenaan yang merayu meminta gambar bogel beliau serta mahu berborak menerusi panggilan video.Seperti Sasha, Katherine juga menyatakan beliau membuat pendedahan itu berdasarkan bukti kerana mahu membela wanita yang teraniaya daripada gangguan seksual pelawak berkenaan.
Katanya, beliau juga sudah memberi pelbagai alasan dengan harapan gangguan seksual tidak berlarutan tetapi usaha itu sia-sia.
"Malah, saya pernah memaklumkan kepadanya saya mempunyai teman lelaki. Namun, dia tidak peduli dan terus mengganggu saya. Jika panggilannya tidak dijawab, dia akan tetap menelefon sehingga saya jawab," kata Katherine.
Sehubungan itu, beliau merancang mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan polis terhadap pelawak itu.
hmmm.. aku sebenarnye agak skeptikal ntah ntah fake account hahaha