(1) padang basah, baru lepas hujan, boleh tengok sendiri, kalau sepak, air penuh bertakung kat dalam padang (2) pertahanan yang lemah
ok. aku breakdown balik part perak kene 3 gol tu
first gol. sepakan sudut yang disudahkan oleh Vincent Bikanna
perak defend corner dengan taruk a lot of bodies kat depan gol. which is okay tapi takde orang yang pegi challenge Vincent Bikanna.. so ape motif letak ramai orang?
Second gol plak. cross yang disudahi oleh tandukan Ismail Faruqi
ntah la. bagi aku, basic of football kalau ada opponent masuk dalam kita punye penalti box, kita mesti letak orang men mark dia. so macam yang kita nampak kat sini, ada sorang defender dah follow Rangel jadi Thaigo sepatutnya pegi close down Ismail Faruqi instead dia tercegat kat depan gol stranded kat situ
yang ni aku maleh cakap memang salah keeper. defender semua dah lepas bola kat keeper tapi macam mane Helmi Remeli boleh potong bola dari Azizon Kader memang padan muka
KUALA LUMPUR: Gara-gara gagal mempamerkan aksi bermutu seperti diharapkan lebih lapan pemain import dalam kancah Liga Malaysia disingkirkan oleh pasukan masing-masing hanya selepas tujuh perlawanan berlangsung. Difahamkan ada kemungkinan jumlah itu bertambah kerana ada pasukan atau kelab sedang bercadang mahu mengikat pemain import baharu sambil menyingkirkan pemain sedia ada pada pintu perpindahan kedua Liga-M yang dibuka sejak 1 April lalu dan berakhir pada 28 April ini.
Situasi ketika ini mencetus pelbagai persoalan dan hujah apakah punca utama pemain import terbabit disingkirkan, sedangkan mereka diuji terlebih dahulu sebelum ditawarkan kontrak lumayan? Kata-kata manis ejen Adakah kerana kegagalan pihak pengurusan pasukan membuat penilaian sepenuhnya ketika sesi ujian atau terpengaruh dengan kata-kata manis ejen pemain import terbabit?
Yang pasti sebilangan besar pemain import yang membanjiri Liga-M, musim ini boleh dianggap gagal membawa impak positif kepada pasukan masing-masing, malah prestasi mereka dikatakan lebih teruk daripada pemain tempatan. Dengan gaji terendah diperoleh awang import dikatakan mencecah sekitar RM35,000 sebulan, tentunya tidak berbaloi buat pasukan melakukan pelaburan itu untuk membentuk skuad terbaik mereka.