latest update dari menteri SKMM.. setelah ucapan awal beliau yang kerajaan rugi 800 juta kalau takde GST sebab warga asing je yang pakai prepaid - ditolak mentah mentah oleh pesbuk
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan berusaha memastikan rakyat dapat menikmati pembelian kad tambah nilai prabayar telefon dengan formula 'beli RM10, dapat RM10'.
Pendiriannya itu akan diketengahkan dalam pertemuannya dengan peneraju syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sebelum dibawa ke Kabinet untuk keputusan seterusnya.
“Mesej awal yang difahami oleh syarikat telekomunikasi ialah – pertamanya, bayar RM10.60 untuk kad prabayar yang bernilai RM10 atau pun yang kedua, bayar RM10 tetapi selepas penolakan GST, pengguna dapat menggunakan kad prabayar bernilai RM9.43,” katanya dalam satu rancangan khas bersama RTM 1.
tapi kalau ikut lojik sebelom ni pun topap kene SST buleh je topap RM10 dapat RM10 kredit. charge jelah masa guna.. kredit tu pun last last masuk telco tu gak. bukannye beli topap maxis buleh topap ke celcom
dah le skarang ni nak beli mobile data pun kene GST. kepala sibeh. topap bayar GST beli mobile data kene GST call rate pun ada GST
itu yg aku heran tuh... b4 this kata harga tetap sama sebab dah xde SST ganti dgn GST dengan percentage yang sama... so sekarang neh SST plus GST ka??
kalau bende mudah macam topup ni pon x boleh setel... apetah lagi barang barang yang laen yang before this ade SST?? camner kite sebagai pengguna nak tau yang SST dah xde kat sesuatu produk??
anyway kite tengok je la sandiwara "hero" baru kite neh... samada gah hanya dipaper but bila berjumpa dengan person in charge teros tenggelam telurnya atau sebaleknyer...
Last Edit: May 5, 2015 14:23:34 GMT 8 by DarkEmperor
Syarikat telekomunikasi utama, Celcom Axiata Bhd memberi sokongan penuh kepada cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk mendapatkan nilai muka RM10, bagi setiap pembelian kad tambah nilai prabayar RM10.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly berkata beliau memberikan sokongan 100 peratus dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan prabayar.
"Kami masih tidak tahu bagaimana penilaian beliau, tetapi kami akan memberikan sokongan penuh untuk manfaat rakyat Malaysia pada amnya.
"Saya amat yakin bahawa menteri kita, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mencari penyelesaian terbaik untuk semua," katanya kepada Bernama.
Ahmad Shabery dalam sebuah program terbitan RTM malam tadi berkata beliau akan berusaha memastikan rakyat dapat menikmati pembelian kad tambah nilai prabayar telefon dengan formula 'beli RM10, dapat RM10'.