Seperti yang kita semua sedia maklum, kini harga runcit minyak dijual di pasaran mengikut harga apungan yang diberi penilaian setiap bulan. Oleh itu, harga sentiasa berubah-ubah pada setiap bulan pada 1 haribulan.
Walau bagaimanapun, harga pada bulan April tidak berubah dan harga runcit minyak RON97 dikenaan GST sebanyak 6%. Terdapat ura-ura yang mengatakan minyak RON95 dan juga diesel bakal dikenakan 6% GST bermula 1 Mei 2015 ini. RON95 Diesel GST
Di sini ingin ditegaskan bahawa notis di atas ini adalah cas perkhidmatan 6% yang dikenakan ke atas syarikat minyak dan juga pengedarnya. Cas 6% GST tidak akan dikenakan kepada pengguna bagi minyak RON95 dan juga diesel.
Kita tunggu dan lihat berita malam ini tentang pengumuman harga runcit terbaru minyak RON95, RON97 dan diesel pada tengah malam ini!