KOTA BHARU: Seorang pelajar sebuah kolej di sini maut selepas dipercayai dipukul seorang pelajar senior tengah malam tadi. Dalam kejadian itu jam 12.00 malam, Mohd Nor Akram Zime, 16, dipukul dua kali di leher kanan sehingga tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Daerah Bachok oleh guru kolej berkenaan.
Bapa mangsa, Zime Yaakob, 49 berkata anak keempat daripada tujuh beradik itu belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang sebelum berpindah ke kolej itu kerana mahu dekat dengan keluarga. Katanya, dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu jam 1.00 pagi apabila menerima panggilan daripada pihak kolej. "Namun belum sempat saya keluar, pihak polis tiba di rumah memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia dan sebaik tiba di hospital barulah kami mendapat tahu anak meninggal akibat dipukul rakan," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, dekat sini, hari ini.
Zime berkata, mayat anaknya itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampungnya, di Kampung Gelam, Pasir Puteh selepas solat Asar, tadi. "Saya reda dengan apa yang berlaku dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata pihaknya sudah menahan pelajar senior terbabit jam 12.00 tengah hari tadi untuk membantu siasatan. Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.
astro awani kata pelajar ni maut sebab sidai tuala?? gile ka budak Vokay ni..
Dalam kejadian sekitar jam 12 tengah malam itu, mangsa Mohd Nor Akram Zime, 16 tahun, didakwa disepak akibat perselisihan faham berhubung kain tuala yang didakwa disidai oleh mangsa di kepala katil rakannya itu.
Menurut bapa mangsa, Zime Yakoob, berdasarkan laporan saksi dan kenyataan rakan anaknya, arwah dikatakan disepak di bahagian badan dan leher.
Post by rimaukumbang on May 12, 2015 23:12:41 GMT 8
elok dok sekolah aku pi pindah sekolah lain...huhu tgk berita ni tadi...polis cakap yg pukul tu memang skillful samada tomoi atau silat sebab pukulan dia memang pukulan maut
Tengok berita semlm..kesian. Zaman saya vokay dulu ada ragging pon x la serius. Takut memang la nk lepas anak. Tapi sampai bila nk dok dlm confort zone. Tambah2 anak laki2. Biar budak senior tu kena hukum cukup2..geram tul.