seperti yg aku dah kata, takyah tgk lah... mmg dah tau kalah....6 bijik!!! team bola negara tgh berperang hari2 pun main lagi bagus.... inikan pula team malaysia yg gaji masing2 5 figure... wahahaha!!
Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI, TENGKU ASYRAF TENGKU SALLEHUDDIN dan MUHAMMAD RIDUAN HANAFIAH
PARA pemain skuad kebangsaan sekali lagi gagal mencetak kemenangan apabila tewas 0-6 kepada Palestin pada aksi kedua kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Nasional malam tadi.
SKUAD Harimau Malaya dimalukan Palestin apabila mencatat kekalahan 0-6 pada aksi kedua kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Kekalahan memalukan itu sekali gus menyempitkan peluang Harimau Malaya yang dibimbing Dollah Salleh untuk memburu slot kempen Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.
Detik memalukan itu turut menandakan Harimau Malaya tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang apabila beraksi di gelanggang lawan ketika bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 3 September depan.
Misi meraih kemenangan di tempat lawan juga pastinya sukar selepas skuad kebangsaan sekadar mampu mempamerkan dua aksi mengecewakan di hadapan para penyokong mereka di Stadium Nasional.
Perlawanan malam tadi menyaksikan skuad Palestin yang dibimbing Abdalnasser Barakat tidak menghadapi masalah besar untuk mencetak jaringan awal menerusi Tamer Seyam pada minit kelapan.
Selang empat minit kemudian, pemain Johor DT, Mohd. Amri Yahyah nyaris menjaringkan gol penyamaan, namun percubaan tersebut mudah ditepis penjaga gol Palestin, Tawfiq Abuhammad.
Harimau Malaya yang terdesak untuk menyamakan kedudukan, sekali lagi dihukum skuad pelawat apabila Sameh Maraaba menggandakan jumlah jaringan pada minit ke-21.
Jaring gawang Harimau Malaya sekali lagi bergegar pada minit ke-40 apabila Tamer meledak gol ketiga untuk Palestin bagi menghukum kerapuhan benteng pertahanan skuad kebangsaan.
Memasuki babak kedua, Mohd. Afiq Azmi hampir berjaya menjaringkan gol pertama, namun rembatan dilakukan penyerang Selangor itu pada minit ke-55 tersasar jauh dari pintu gawang Palestin.
Pasukan pelawat nyata konsisten memberi tekanan kepada skuad kebangsaan apabila pemain gantian, Khader Abuhammad menyumbat gol keempat untuk Palestin pada minit ke-62.
Peluang itu hadir menerusi gerakan lincah Matias Hadwa yang berjaya melepasi pemain pertahanan Harimau Malaya, Fahdli Shas sebelum menghantar bola kepada Khader yang kemudiannya menewaskan penjaga gol negara, Farizal Marlias.
Palestin meneruskan pesta di Stadium Nasional apabila Sameh menyempurnakan jaringan kelima pada minit ke-74, sekali gus mengakibatkan Harimau Malaya sekadar kempunan memburu jaringan.
Tidak puas dengan lima gol, Tamer sekali lagi memeriahkan pesta untuk menambah kesengsaraan Harimau Malaya apabila meledak jaringan keenam pada minit ke-85.
Selepas ini, skuad kebangsaan akan terbang ke Abu Dhabi untuk aksi ketiga disusuli pertemuan menentang Arab Saudi pada 8 September dan Timor Leste (13 Oktober) di tempat lawan.
Harimau Malaya yang sebelum ini gagal menumpaskan Timor Leste apabila terikat seri 1-1 minggu lalu akan bertemu Palestin sekali lagi di tempat lawan pada 12 November.
Post by Purple_Rose on Jun 17, 2015 10:47:45 GMT 8
tiap2 minggu dok tengok BPL Spanish League bagai tapi takat tengok je lah... bukan nak amik ilmu mcm mana dorg main... palestin tu nak tgk BPL pn tak boleh, sempoi je gameplay... hahahaha! kata bodoh kang marah... puiiihh
Ia adalah kekalahan yang memalukan. Pemain clueless dan jurulatih frustrated di dugout. Palestine diberi ruang melakukan training gol kerana low defensive quality. Banyak sangat damage dalam game ini. Hasrat untuk ke Piala Dunia masih seperti mencari dragon ball tanpa radar. Terlalu jauh bezanya. Kalah memang ada bertanding, namun semalam adalah mengalah. Give up on everything. Sejak awal lagi pemain hilang fokus kepada bolasepak. Gol kedua Palestine membuatkan Malaysia tak keruan dan excessive fouls committed. Ini adalah post mortem ringkas dan bukan analisis taktikal lengkap.
#ANALISIS GOL 1 AL BATTAT Gol training goal. Space dan time yang banyak diberikan walaupun hampir semua bertahan. 2. MARAABA Counter Attack dari Palestine. Pemain Palestine terlalu mudah masuk ke kotak penalti. 3. SEYAM Safiq Rahim tak terus track back dan Mahali jogging pace. Seyam melepasi 3 pertahanan dalam kotak penalti dan gol. 4. YOUSSEF Gelecekan Hadwa dari kanan melepasi Fadhli yg di'nutmeg', solid skil, cross kedalam. Tampanan Farizal ke arah lawan dan gol. 5. MARAABA Gol paling pelik. Diognal cross dari tengah dan ditanduk masuk dari kawasan yg sepatutnya tak ada potensi untuk buat header gol. 6. SEYAM Simple tap in goal selepas bocor di rightback
#POINT TO BE HIGHLIGHTED #TACTICAL DAN GAMEPLAN Saya ada melihat Dollah membuat analisis video dan mempertontonkannya kepada pemain. Adakah ia video game Palestine ? Kalau ya memang normal, bagaimana isu weaknesses pasukan dalam previous game ? Laurent Blanc di PSG pernah mengambil footage perlawanan Liverpool Arsenal dan menjadikan pengurusan space dan tactical line Liverpool sebagai panduan. Dia berkata, ini yang saya mahukan ! Kita jangan terlalu fokus kepada gameplan pasukan lain kerana kita sendiri masih belum ada clear tactical plan. Fokus kepada gameplay pasukan lain kalau semata mata menghuraikan aspek teknikal cuma bermotifkan, ini player besar, ini player no. 10 mereka laju. Yang pasti memang tak ada skrip taktikal yang kompleks. Pernah dalam analisis saya tentang Chelsea, bagaimana Jose Mourinho dan Chelsea kerap menjaringkan gol pada minit akhir menentang pasukan kuat. Adakah ia kebetulan ? Ia tidak, ia kerana intensiti mereka ditingkatkan hingga 200% pada last 10 minutes. Jadi kebarangkalian mendapatkan gol digunakan sebaik baiknya.
#Amri Yahya Cuma Amri saja yg boleh keluar stadium dengan rasa bangga. Ini yang kita hargai. Tinggal 4 , 5 kosong keep running all over the pitch. Buat shots, creating chance, dribbling dengan yakin dan tak ketar lutut. Only player deserved to wear that shirt.
#NERVOUS AFIQ Saya tak pasti kenapa isu ini sentiasa ada. Afiq adalah proven striker di MSL tetapi bila di peringkat ini, fail even to score a sitter. Afiq boleh menjaringkan hatrik semalam jika conversion dia tak nervous. Sangat tak klinikal dan always two minded kemudian slow to decide.
#CLASSIC TARGET MAN SYSTEM Dah tahu Palestine tu besar gedabak kenapa nak rely dengan sistem ini for whole 90 minute. Tak salah nak main target man, tetapi kalau dan fail and fail again, patut ada variasi tactical.
#TAK KOMPETITIF Tak kompetitif dari semua aspek, taktikal , teknikal, fizikal, mental dan juga distribution. Palestine jelas pasukan yang bergantung kepada counter attack dengan preserverance tactic. Setiap kali Palestine convert kepada mode counter attack , Malaysia macam huru hara. Nak kejar tak larat, tackle salah timing, nak compete duel pun low, GK salah decision dan positioning, track back kelaut. 0-6 adalah real conclusion.
#LONG BALL AND DIRECT FOOTBALL ISSUE Tak pasti sama ada Malaysia memang tak ada usaha untuk lebih eksklusif. Long ball akan menyebabkan pemain perlu mengawal bola dengan fizikal dan juga mengambil masa. Dengan menentang lawan yg berbadan besar ditambah kualiti long ball yang lebih kepada searching pass. Searching pass adalah hantaran ke zonal yang tak precisive (tepat). Ia lebih kepada , sana ramai member aku , hantar lambung kesana. Searching passes biasanya digunakan bila ketinggalan di minit minit akhir. Long ball kalau macam England tak apa, melekat kat player. Ni melekat kat penyokong dan pemain lain. Long ball tactic memerlukan stamina, energy dan juga mobiliti yang tinggi. Hasilnya banyak long ball dirampas dan diconvert kepada counter attack. Bukan sekali dua, banyak kali.
#KONKLUSI Ini adalah unacceptable result. Kalah sampai 0-6. Pemain memang ada possesion dengan 56% tetapi tak ada intention atau hala tuju. Direct football ! 4 shots on targets semua ke arah goalkeeper. Dan ini merupakan sejarah kemenangan terbesar Palestine di peringkat antarabangsa.
Last Edit: Jun 17, 2015 12:10:09 GMT 8 by manjacat