Post by helija on Jun 28, 2015 15:07:54 GMT 8
[Pencerahan dari Ustaz Abu Basir tentang isu Terawih Ekspres]
Apabila solat tidak ada tamakninah samada solat fardu atau solat sunat hukumnya tak sah. Tamakninah adalah tenang sejenak setelah semua anggota badan berada pada posisi sempurna ketika melakukan suatu gerakan rukun solat. Tamakninah ketika rukuk bererti tenang sejenak setelah rukuk sempurna. Tamakninah ketika sujud bererti tenang sejenak setelah sujud sempurna,
Tamakninah dalam setiap gerakan rukun solat merupakan bagian penting dalam solat yang wajib dilakukan. Jika tidak ada tamakninah maka solatnya boleh tidak sah. Dalil yang menunjukkan wajibnya tamakninah:
"Suatu ketika ada seseorang yang masuk masjid kemudian solat dua rakaat. Selepas solat, orang ini menghampiri Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam yg saat itu berada di masjid. Ternyata Nabi menyuruh orang ini untuk mengulangi solatnya. Setelah diulangi, orang ini balik lagi, dan disuruh mengulangi solatnya lagi. Ini berlangsung sampai 3 kali. kemudian Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam mengajarkan kepadanya cara solat yang benar. Ternyata masalah utama yang menyebabkan solatnya dinilai batal adalah kareka dia tidak ada tamakninah. Dia bergerak rukuk dan sujud terlalu cepat. (Hadis Riwayat Bukhari,Muslim,Ibn Majah dan yang lainnya)
Dari Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu bahawa beliau pernah melihat ada orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud ketika solat, dan terlalu cepat. Setelah selesai, ditegur oleh Hudzaifah, “Sudah berapa lama anda solat semacam ini?” Orang ini menjawab: “40 tahun.” Hudzaifah mengatakan: “Engkau tidak dihitung solat selama 40 tahun.” (kerana solatnya tidak sah).
Lanjut Hudzaifah berkata:
وَلَوْ مِتَّ وَأَنْتَ تُصَلِّي هَذِهِ الصَّلَاةَ لَمِتَّ عَلَى غَيْرِ فِطْرَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Jika kamu mati dan cara solatmu masih seperti ini, maka engkau mati bukan di atas fitrah (ajaran) Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.” (Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, An-Nasai).
Orang yang terlalu cepat solatnya, sehingga tidak ada tamakninah,Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyebutnya sebagai orang yang mencuri ketika solat. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda:
أسوأ الناس سرقة الذي يسرق من صلاته
“Pencuri yang paling buruk adalah orang yang mencuri solatnya.”
Setelah ditanya maksudnya, baginda menjawab: “Merekalah orang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya.” (Hadis Riwayat Ibn Abi Syaibah, Thabrani, Hakim, dan dishahihkan Ad-Dzahabi).
Suatu ketika, Rasulullah melihat orang solat yang tidak menyempurnakan rukuknya dan seperti mematuk ketika sujud. Kemudian baginda bersabda:
أَتَرَوْنَ هَذَا، مَنْ مَاتَ عَلَى هَذَا مَاتَ عَلَى غَيْرِ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ، يَنْقُرُ صَلَاتَهُكَمَا يَنْقُرُ الْغُرَابُ الدَّمَ
“Tahukah kamu orang ini. Siapa yang meninggal dengan keadaan (solatnya) seperti ini maka dia mati di atas selain agama Muhammad. Dia mematuk dalam solatnya sebagaimana burung gagak mematuk darah.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan dinyatakan Al-Albani: Sanadnya hasan).
sos