Imam Nawawi mengatakan HARUS doakan belas atau rahmat Allah kepada non Muslim yang masih hidup & keampunan atas kesalahannya tetapi bukan redha atas kekufurannya. Nabi pernah berdoa antaranya :
Ya Allah.. Jika hari ini ada diantara kami.. Yang sedang sakit, Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah... Berikanlah kesembuhan untuknya.. Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..
Ya Allah.. Jika hari ini ada di antara kami, Yang kesulitan rezeki Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah.. Karena hanya Engkau Yang Maha Pemberi Rezeki..
Ya Allah.. Jika hari ini ada di antara kami Yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian-Mu... Mohon Kuatkanlah dia utk dapat bertahan dan bersabar.. Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu.
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari.. Setelah kesusahan ada kemudahan..
Ya Allah.. Jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya.. Sombong, iri hati, dengki dan dusta.. Mohon bersihkan dan sucikanlah ia ya Allah..
Ya Allah.. Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami.. Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja.. Bukakanlah pintu hatinya.. Agar memaafkan kami...
1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar. 2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah. 3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis. 4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama. 5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas. 6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat! 7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu. 8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! " 9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda. 10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.