Diana Danielle luah rasa cemburu bila Nora Danish muat naik gambar pegang tangan Farid Kamil. Apa cerita?
Terkejut juga kami membaca kenyataan terbaru Diana Danielle yang ditulis melalui Instagram beliau malam ini. Ada nada kurang berpuas hati dengan satu tindakan Nora Danish memuat naik gambar untuk promosi filem terbaru Pengantin Malam.
Menerusi nota dalam Instagram itu, Diana Danielle mempersoal kenapa dalam banyak banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya, Farid Kamil yang dimuat naik ke laman sosial.
“Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh di’upload untuk promosi filem kamu, gambar pegang tangan suami saya juga nak dikongsi. Oh faham, mungkin itu akan membuat orang teruja untuk tengok filem kamu. Hati of hati, sabarlah,” luah Diana Danielle.
Cemburu tak bertempat, peminat anggap Diana Danielle kebudak-budakan!
Tidak dapat dinafikan laman sosial sering dijadikan tempat untuk sesetengah individu meluahkan perasaan mereka.
Yang terbaru, pelakon yang juga isteri kepada Farid Kamil telah memuat naik sekeping foto yang secara terang-terangan menunjukkan rasa tidak puas hatinya dalam erti kata lain, cemburu!
Mesej yang tertulis pada foto yang dimuat naik Diana itu ialah: Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh diupload untuk promosi filem kamu…Gambar pegang tangan suami saya juga yang hendak nak dikongsi. Oh faham…Mungkin itu akan membuat org teruja utk tengok filem kamu. Hati oh hati, sabarlah.
Jelas sekali mesej tersebut ditujukan kepada heroin filem yang bergandingan dengan suaminya dalam filem terbaru terbitan MIG berjudul Pengantin Malam.
Malah, foto tersebut dimuatnaik Diana sebaik sahaja heroin filem tersebut, Nora Danish meletakkan foto bersama Farid di Instagramnya.
Bagaimanapun, foto tersebut hanyalah di ‘repost’ semula oleh Nora daripada akaun MIG Online. Tidak lama selepas itu, mungkin menyedari foto yang dimuat naiknya itu mendatangkan rasa kurang senang di pihak Diana, Nora Danish telah bertindak memadamnya.
Agaknya, kepada siapa Diana tujukan mesejnya itu? Kepada Nora Danish ataupun pihak MIG Online?
Tindakan Diana telah mendapat respon kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram, malah ada yang menganggap isteri kepada aktor dan pengarah Farid Kamil ini bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.
in this case aku lebey berpehak kepade si diana... eh itu laki dia kan?? so she has right tuk menyatakan apa yang dia tak puas hati mengenai gambar tu sebab melibatkan suami dia... yang peminat neh agaknyer x kesah kot kalau laki diaorang dipegang pegang pempuan laen agaknyer lol...