Post by manjacat on Jun 22, 2014 19:37:28 GMT 8
Syarat-Syarat Ujibakat
Penyertaan terbuka kepada peserta Solo sahaja
Penyertaan 18 – 35 tahun pada tarikh ujibakat diadakan
Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Singapura dan mempunyai kad pengenalan yang sah
Bawa salinan kad pengenalan dan 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dari paras pinggang)
Menyanyikan lagu-lagu yang diberikan seperti yang tertera di senarai lagu ujibakat
Kaunter pendaftaran dibuka dari pukul 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Petaling Jaya: Kecoh apabila peserta yang menghadiri uji bakat rancangan realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di sini, semalam bertelingkah sama sendiri merebut borang dihadkan kepada 500 orang terawal.
Kejadian berlaku apabila borang itu habis dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa peserta yang mahu mencuba nasib menyertai rancangan terbitan stesen Astro Ria itu.
Ketika ditemui Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad menjelaskan pihaknya tidak boleh mengedarkan borang lebih daripada 500 bagi membolehkan sesi uji bakat berjalan lancar dan habis dalam waktu ditetapkan.
“Justeru, saya menasihati peserta yang mahu mencuba nasib agar faham keputusan diambil produksi. Ini kerana sekiranya kami mengeluarkan borang lebih daripada jumlah itu ia mengambil masa panjang. Ia mempengaruhi juri kerana keletihan dan tidak dapat menilai bakat peserta dengan baik. Lagipun uji bakat dilakukan dalam tempoh dua hari di sini,” katanya.
SEBAHAGIAN daripada 1,000 yang hadir untuk sesi uji bakat AF2014, semalam.
Perebutan berlaku antara peserta yang menghadiri sesi uji bakat terbabit, apabila pihak produksi cuba menyelesaikan masalah mereka yang datang dari jauh seperti Singapura dan Pantai Timur yang sudah sampai ke lokasi uji bakat seawal jam 4 pagi.
Harian Metro