Post by rimaukumbang on Jun 29, 2014 22:31:30 GMT 8
Kalo nk selesa memang almera la...lagi pon boleh bawak barang banyak. ..Kalo alza ni lebih untuk bawak orang....tapi siyes sapa duduk belakang sekali tu memang tak selesa dowh
Kalo nk selesa memang almera la...lagi pon boleh bawak barang banyak. ..Kalo alza ni lebih untuk bawak orang....tapi siyes sapa duduk belakang sekali tu memang tak selesa dowh
everything is awesome
ler.... kalau takat nak bawak barang banyak bley je fold seken or last row tempat duduk atau kedua duanyer sekali... kalau semua duk tegak memang x cukop la tempat nak letak barang lol...
aku punyer alza sejak beli tak pernah naek pon seat belakang sekali... biar fold sampai betol betol nak pakai mcm car pool nak gerak pi beraye ramai ramai yang jarak dekat dekat...
ini lense kamera maen peranan nampak macam panjang gella lol...
ok ade pon contoh laen...
tapi kalau nak bab selesa... almera lah no doubt kalau nak dibandengkan dengan alza...
Last Edit: Jun 30, 2014 0:22:50 GMT 8 by DarkEmperor
Kalo nk selesa memang almera la...lagi pon boleh bawak barang banyak. ..Kalo alza ni lebih untuk bawak orang....tapi siyes sapa duduk belakang sekali tu memang tak selesa dowh
everything is awesome
setuju.. sape duduk last row mmg seksa... nak2 plak size XL... exora more comfort...
lol... sape duk belakang alza memang azablah jawabnyer... kalau nak duk sgt pon x bley dua orang... sorang je at least maseh boleh maen unjur unjur kaki...
dah ada pamili., cari lah kereta yg selesa utk anak isteri kita.., kita bekerja utk mereka bukan? jadi apa salahnya kalau mampu., berilah sikit keselesaan utk orang yg kita paling sayang dan berharga dlm hidup kita.
Dalam islam pun menekankan akan pentingnya akan lelaki menyediakan rumah yg elok serta kenderaan yg selesa dan tiada masalah utk kegunaan seorang muslim dan keluarganya.., malah ada 2-3 hadis yg menekankan pentingnya perkara ini..
Dari Sa’ad bin Abi Waqqosh radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda :
“Empat perkara yang merupakan kebahagiaan(yaitu) istri yang solehah, rumah yang luas, jiran tetangga yang baik, dan kendaraan yang selesa dinaiki, dan empat perkara yang merupakan kesengsaraan adalah jiran tetangga yang tidak elok perangainya, isteri yang buruk akhlaknya, rumah yang sempit, dan kendaraan yang tidak selesa untuk dinaiki” [21]
HADIS Rasulullah SAW di atas menjelaskan unsur-unsur kebahagiaan dalam diri seseorang. Seseorang lelaki yang mempunyai isteri solehah atau seorang perempuan yang mempunyai suami yang soleh, mereka mempunyai rumah yang selesa untuk didiami, mempunyai jiran yang baik untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian dan mempunyai kenderaan yang selesa dan tidak berlaku masalah atau kerosakan ketika dalam perjalanan adalah orang yang bahagia dalam hidupnya.
Dalam hadis itu juga, baginda menyenaraikan memiliki kenderaan yang selesa yang boleh digunakan tanpa memberikan masalah adalah salah satu daripada tanda kebahagiaan.
Justeru seseorang itu perlu mempunyai perancangan yang betul dan tepat untuk membeli kenderaan agar ia benar-benar memberi kebahagiaan dan bukannya menambah pening kepala.
Kenderaan yang dimiliki menerusi kaedah pemilikan yang betul diiktiraf sebagai harta kepada individu yang memilikinya. Dalam Islam mengurus dan membelanjakan harta adalah antara amanah Allah.
Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana. Dalam kacamata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa.
Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Anfaal ayat 28 yang bermaksud: Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu hanya sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar.
Untuk memiliki sebuah kenderaan seseorang perlu mempunyai sejumlah wang yang mencukupi. Untuk memiliki wang yang cukup seseorang itu perlu mempunyai perancangan yang betul dalam menguruskan kewangannya.
Perancangan yang betul dalam menguruskan kewangan akan membantu seseorang itu memperolehi gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan membolehkannya mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.
Bijaksana dalam menguruskan keperluan hidup dengan memahami keutamaan (aulawiyat) menjadi asas penting seseorang itu akan dapat menikmati kebahagiaan hakiki.
Dalam memiliki harta Islam amat menitikberatkan bagaimana harta itu diperolehi. Ia hendaklah menerusi kaedah pemilikan yang sah seperti menerusi jual beli, hadiah, sedekah dan sebagainya.
Maka dalam konteks ini, perkara utama dan pertama yang perlu diberikan perhatian oleh setiap individu yang hendak membeli kenderaan ialah memastikan kaedah pemilikannya mestilah menerusi kaedah yang betul dan disahkan oleh Islam.
Pembelian dengan mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan adalah kaedah yang popular berbanding dengan pembelian tunai khususnya yang berkaitan dengan pembelian kereta.
Bagi seorang pembeli muslim memilih pembiayaan secara Islam adalah satu kewajipan. Sebabnya kaedah pinjaman membeli kenderaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan konvensional mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti riba.
Riba haram di sisi Islam dan ia dikategorikan sebagai salah satu daripada dosa besar seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil). (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Allah SWT menyifatkan mereka yang enggan meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan Rasul-Nya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah: 278 ).
Dosa riba ini kesannya bukan hanya ke atas orang Islam sahaja malah bahangnya turut menimpa orang bukan Islam kerana riba itu jelas satu bentuk penindasan dan kezaliman. Sehingga wajarlah Allah memberi pelbagai ancaman, antaranya adalah dengan azab yang pedih, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 275.
Nabi SAW juga sangat keras ancamannya terhadap dosa riba antaranya baginda bersabda ertinya: "Riba mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya" (Riwayat Ibn Majah).
Membeli kenderaan baru atau terpakai memerlukan seseorang itu membuat perancangan. Namun tidak ramai bakal pembeli kereta misalnya yang bersedia membuat perancangan.
Mungkin kerana terlalu gembira dan tidak sabar-sabar untuk memiliki kenderaan sendiri membuatkan seseorang tidak begitu memberi perhatian kepada aspek-aspek penting sebelum membeli sebuah kereta.
Malah ada yang berpandangan kenapa perlu menyusahkan diri membuat perancangan, yang penting dapat kereta seperti yang diidamkan. Walau apa pun alasan, perancangan adalah satu perkara yang tidak boleh diabaikan sebagaimana pepatah "jika gagal merancang, seseorang itu merancang untuk gagal".
Berikut antara panduan mudah sebelum seseorang membuat keputusan adalah pemilihan model kereta.
Jangan memilih model-model yang pelik, yang jarang digunakan kerana model-model berkenaan kemungkinan sukar dijual semula, nilai jual semula yang rendah, kemungkinan alat gantinya susah serta mahal untuk mendapatkannya dan kemungkinan kos menyelenggara juga tinggi.
Nilai
Pilihlah model yang banyak digunakan dan yang mempunyai nilai jual semula yang tinggi.
Perkara keduanya ialah berkaitan dengan harga, bayaran muka dan jumlah bayaran bulanan. Aspek ini penting untuk memastikan kenderaan berkenaan mampu dimiliki, dapat membuat analisis beban kewangan yang bakal ditanggung dan dapat memilih institusi yang menawarkan kemudahan pembiayaan yang kompetitif.
Aspek seterusnya adalah yang berkaitan dengan perundangan dan segala dokumentasi yang berkaitan. Ini bagi memastikan bakal pembeli memahami hak dan tanggungjawab dari sudut undang-undang apabila membuat pembiayaan agar tidak timbul masalah di kemudian hari.
Aspek ini juga banyak yang ambil mudah, tidak ramai yang membaca dan cuba memahami segala butir-butir yang tercatat dalam semua dokumen pembiayaan.
Walau excited atau apa pun alasannya, bakal pembeli perlu faham, jelas dan tahu akan hak dan tanggungjawabnya, sebelum menandatangani sebarang perjanjian.
Dalam konteks Sistem Kewangan Islam di Malaysia, institusi kewangan Islam tidak ketinggalan menawarkan kemudahan pembiayaan membeli kenderaan khususnya kereta.
Ada dua kaedah pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam iaitu Bai Bithaman Ajil (BBA) dan Al Ijarah Thumma Al Bai (AITAB). Kaedah pembiayaan menerusi kaedah AITAB lebih popular berbanding BBA.
AITAB atau sewa kemudian jual lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan) dan kontrak Bai' (jual beli). Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan dengan turutan yang betul.
Tujuan AITAB adalah membantu pelanggan mendapatkan aset yang dikehendaki dan mendapatkan wang tunai.
Menerusi AITAB ini sebagai contoh pelanggan akan memilih kereta yang ingin dibeli. Kemudian, pelanggan berkenaan memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut daripada institusi kewangan, pelanggan biasanya membayar deposit kereta berkenaan dan berjanji akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut.
Pihak institusi kewangan akan menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual. Setelah itu, penjual akan memindahkan hak milik kereta berkenaan kepada pihak bank. Kemudian pihak bank akan memajakkan kereta tersebut kepada pelanggan untuk tempoh yang dipersetujui.
Pelanggan akan membayar sewa ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Pada akhir tempoh pajakan, bank akan menjual kereta tersebut kepada pelanggan pada harga yang telah dipersetujui.
Kaedah BBA pula ialah tidak jauh bezanya dengan pembiayaan untuk membeli rumah. Mekanisme operasi BBA ialah pembeli memilih kenderaan yang ingin dibeli, kemudian pembeli mendapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan.
Pihak bank akan membeli kenderaan tersebut daripada penjual secara tunai dan kenderaan tersebut telah menjadi hak milik pihak bank. Selepas itu pihak bank akan menjual kenderaan berkenaan kepada pembeli berdasarkan harga jualan yang telah termasuk keuntungan yang telah dipersetujui.
Hak milik kenderaan tersebut berpindah kepada pembeli dan pihak pembeli akan membayar harga jualan kepada bank secara ansuran di dalam tempoh yang telah dipersetujui.
Semua kenderaan berenjin di negara ini diwajibkan memiliki perlindungan insurans atau takaful sama ada perlindungan komprehensif atau sekurang-kurangnya perlindungan pihak ketiga.
Tidak memiliki perlindungan insurans atau takaful merupakan satu kesalahan undang-undang.
Janganlah kita semua tertipu dengan banyaknya bank-bank riba, jangan pula tertipu dengan tersebarnya muamalah riba ini di setiap tempat, serta banyaknya orang yang bermuamalah bersamanya, kerana yang demikian bukanlah dalil akan bolehnya muamalah ini. Akan tetapi itulah sebenarnya adalah dalil yang menunjukkan banyaknya orang yang berpaling dari perintah Allah serta menyelisihi syariat-Nya.
Ringkasan :
1. belilah kereta yg tiada masalah (tak kesah lama ke baru..) dan senang nak di selenggara. tak guna beli model pelik2 lepas tu tersadai.. (contoh model ssanyong stavic laa., renault, alfa romeo.. - sakit kepala aje buat apa).
2. bawak satu family test drive.. tanya pendapat isteri.., masa test drive suruh isteri dok belakang.. kadang kita suka kereta tu.. tapi bila bawak isteri.. dia tak menyukainya.. jgn beli.. buat gaduh aje nanti.. bila ada apa2 isu.. mula isteri mengungkit. - cari satu model yg 2-2 rasa teruja nak memiliki..! kalau dah ada anak besar.. libatkan mereka skali.. biar semua keluarga rasa seronok. aku mmg suka test drive.. dan bila test drive.. kadang aku test drive berkali2.. mula2 sendiri.., bila sendri dah suka .. bawak isteri.. then try bawak anak2 pulak. semua suka? finalize.
3. kira kos2 lain - jgn lupa kira kos penyelenggaraan.. dan kos minyak. ramai orang beli kereta tgk lawa ke tak kereta. dah beli baru tau..! mak aii ko ni mentekedarah minyak ke? contoh terbaik - peugeot baru 208 yg comel tu! phew.. kalau tgk rupa terus tergoda! skali dah beli baru tau - maakkk makan minyak macam minum air mineral aje! rupanya bila dah check kt internet baru tau - ler kuat makan minyak. Contoh lain - VW golf atau polo - wow.. lawa? free service 5 tahun? unlimited warranty plak tu! bagus ni .. bagus ni! hati dah seronok dah nk beli.., skali check review kt internet! hampir semua yg pakai model bawah 200ribu ni ramai kena masalah gearbox! pergh.. skali tersadai 3-4 bulan! kantoi kt situ.. lupakan! - ada satu model kereta yg kos maintenance dan kos minyak murah gila - mitsubishi attrage.. tapi tak ramai yg suka laa pulak kan? pastu re-sale value dia blum tentu lagi.
4. Resale value? penting ke? kalau kau jenis pakai kereta lama.. 10 tahun baru nk tukar.. then tak penting pun.. beli aje apa model pun.. tak ada beza. tapi kalau jenis.. lepas 2-3 tahun tangan gatai tak pasal2 nk upgrade.. nk tukar. kene ikut trend maa., haa.. itu kene pilih model yg nak jual nanti tak susah.. dan ada sikit value. - antara brand yg bagus utk resale value ni , biasalah - Honda dan toyota.., nissan pun ok jugak. PErodua? biasa nk jual.. harga murah jugak... dan biasa kena , bila time nak jual.. balance loan bank banyak lagi dari value kereta! dah kene topup laa pulak.. - Untuk elak masalah ni - kalau dah masa ni mampu utk pakai model2 lower end, pakai aje.. tak perlu nk ikut orang lain, tapi dah set dalm kepala lagi 5 tahun ko nk tukar kereta.., ko perlukan at leat 10-20k.., so start menyimpan dari awal. cara paling mudah nk menyimpan? bayar kereta tu lebih! ikut laa berapa ko mampu utk bayar lebih. kalo installment 700..ko bayar laa 1000. so.. dlm masa 2-3 tahun ko dah ada menyimpan agak banyak gak utk value kereta. Aku buat macam ni masa pakai civic dulu.. aku bayar lebih sikit utk kereta aku. kelebihan.. mana tau kau tiba2 semput nk pakai duit hujung tahun.. at least ko dah ada terlebih bayar kereta kau.. lepas laa nk bernafas 2-3 bulan. aku pernah kena.. time tu raya.. time tu skolah nk buka.. time tu road tax insurans mati! mmg rasa nk mati laa kejap. skali check bank.. ada lebih bayar.. encik punya due lagi 2-3 bulan akan datang.. fuh.. lega.. masa tu rasa berbaloi betul aku bayar lebih sikit.
5. last skali - jgn bersubahat dgn riba.. carilah loan yg offer islamik loan.. bank yg betul2 mengamalkan cara islamik. takkan seumur hidup kita nk bergelumang dgn riba? dulu tak tau bleh cakap laa tak tau.. kini dah banyak alternatif.., cari bank tak popular pun takpe... janji ikut islamik. aku tgk al-radhji.., bank islam, rhb islamik dan maybank islamik agak menarik pakej loan islamiknya.
itu aje lah.. semoga membantu utk kawan2 yg nak cari kereta.. bukan hanya utk pembuka topik saja.