Post by DarkEmperor on Jun 26, 2014 18:27:33 GMT 8
Ini adalah maklumat terbaru yang dikirimkan kepada kami berkenaan seorang pelajar SKAB Slim River yang telah diculik oleh 2 orang lekaki berbangsa India lebih kurang jam 1 tengahari. Pelajar darjah 3 bernama Fitri Aida itu dikatakan telah diberi ubat pelali oleh penculik. Pelajar darjah 3 bernama Fitri Aida itu dikatakan telah diberi ubat pelali oleh penculik.
Penculik telah diberkas oleh pihak Polis di Sungkai kerana penculik telah melanggar kereta polis. Mujurlah Allah selamatkan adik ini.
Berhati-hatilah ya zaman sekarang manusia sanggup buat apa sahaja yang tak berperikemanusiaan hanya kerana duit.
Post by morpheuzneo on Jun 26, 2014 19:11:59 GMT 8
hati2 letak gambar budak2 bawah umur ya.. saya baru dapat maklumat dari geng skuad pemantau hari ni.. dengan banyak kes2 berkaitan kanak2
LARANGAN MUAT NAIK GAMBAR KANAK-KANAK BAWAH UMUR:
Pihak polis ingin mengingatkan kepada semua pihak mengenai larangan untuk memuat naik apa-apa gambar yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur, sama ada mereka adalah mangsa atau yang melakukan kesalahan jenayah. Ini adalah berlandaskan peruntukkan undang undang di bawah Akta Kanak Kanak 2001 yang melarang daripada bertindak sedemikian sama ada oleh individu atau pengamal media, termasuklah pemilik-pemilik blog dan forum. Mereka boleh dikenakan tindakan sivil dan jenayah sekiranya pihak ibu bapa atau penjaga kedua-dua mangsa dan penjenayah bawah umur tersebut ingin berbuat demikian.
so.. aku harap.. kita letak spoiler tag ke.. pada gambar2 yg di siarkan.. atau letak skit block kt mata ke.. ,utk tidak orang kenalpaasti muka ke. kesian jugak anak2 orang gambarnya di sebarkan merata2.. teringat kes nurin.. menangis mak ayah dia merayu.. hentikan laa sebarkan gambar anak kami utk jadi bahan blog / forum anda..
polis ada geng skuad cyber.. search pakai google image aje.. kalau tak letak dalam spoiler nnanti bleh jumpa dlm search engine.
~~~~~
balik kepada topik..
1. jagalah anak2 kita. sekarang ni jahat betul orang. rasa nk bawak parang dlm kereta.. atau pestal..
2. jgn tinggalkan kereta walau kejap pun tanpa berkunci. isi minyak pun.. tutup enjin dan kunci pintu..
3. jgn tinggalkan ahli keluarga dlm kereta.. please.. kesian anak kene tinggal tepi jalan.
please.. nak ada isteri pun bukan senang.. susah cari calon.. baik dia jaga kita., nak ada anak pun bukan senang.. ramai orang takde anak.. berpuluh tahun tunggu takde anak.. jgn laa sia-siakan..
Post by rimaukumbang on Jun 26, 2014 23:06:26 GMT 8
xbetul...berita tu... ni berita sebenar
LAGI KES UMPAN DAN CULIK . TAHNIAH PDRM -
SLIM RIVER - Hanya dengan umpan membeli buku, seorang murid tahun tiga nyaris menjadi mangsa rogol selepas dilarikan seorang lelaki dalam satu kejadian culik di sebuah stesen bas berhampiran sebuah sekolah rendah, di sini, semalam.Bagaimanapun, nasib menyebelahi kanak-kanak berusia 9 tahun itu apabila berjaya melarikan diri di Jalan Slim Lama, Slim Village berhampiran perkuburan Cina, sebelum diselamatkan seorang wanita.
Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu disedari kakak mangsa berusia 12 tahun yang ternampak kelibat adiknya bersama seorang lelaki memasuki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback. Sangsi dengan keadaan itu, kakak mangsa segera menghubungi ayahnya sebelum satu laporan polis dibuat.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, berdasarkan keterangan mangsa, lelaki berusia 57 tahun itu pada mulanya mengajaknya menaiki kereta dengan alasan untuk ke kedai membeli buku. Menurutnya, ketika berada dalam kenderaan, suspek telah mengugut mangsa agar tidak melarikan diri sebelum membawanya ke sebuah pondok berhampiran perkuburan Cina.
"Tiba di kawasan itu, lelaki berkenaan mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar. "Mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut arahan suspek, namun setelah beberapa minit, lelaki itu bertindak meninggalkan lokasi menyebabkan mangsa segera melarikan diri. "Seorang wanita yang kebetulan melalui jalan berkenaan segera memberhentikan kenderaannya sebaik terlihat kanak-kanak itu yang berlari dalam keadaan ketakutan, sebelum membawanya ke balai polis," katanya. Identiti lelaki tidak bermoral itu, bagaimanapun berjaya dibongkar dalam tempoh kurang dua jam apabila polis berjaya mengesan kenderaan digunakan suspek kira-kira jam 2.40 petang di sekitar Slim River.
Post by DarkEmperor on Jun 26, 2014 23:58:04 GMT 8
okeh sudah delete itu gambar lol...
anyway... rupe2nyer mangsa sendiri masok dalam kereta dengan umpan beli buku... dayummm... probably parents dia lupe nak bagi nasihat agaknyer jangan ikot orang yang tak dikenali...
agaknyelah sebab dulu aku pon same... jalan kaki pergi balek sekolah ade la dalam 5km camtuh... then ade kereta berenti offer hantar balek rumah... and aku tak kenal pon orang tuh...
luckily memang betol dia hantar aku sampai rumah with my directions... then baru parents aku pesan next time jgn buat lagi takut kena culik... since then aku berhati hati....
owh mase tuh aku darjah tiga jugak...
Last Edit: Jun 26, 2014 23:58:59 GMT 8 by DarkEmperor
trend sekarang mak bapak ngadap hp je... tengah jalan pun ngadap phone... anak pegang hujung baju... mak bapak perlu lebih peka... bukan takat budak 2,3tahun je kena ingat kan... yang belas tahun pn kena sama ingat kan...
Last Edit: Jun 27, 2014 8:44:41 GMT 8 by enciknaza
dotet bongsu darjah 1 cakap yg semlm cikgu pesan dlm kelas pasal budak2 kena culik pastu depa ambik pisau potong organ. Doter saya dh cam nk nangis time citer. Kata dia "takut la kalo mati". Wow.. sentapp ni.. tercabar jiwa parent zamani.. So parent2 sekalian, Apa solution2 lain selain yg en.morph bagitau tu. Dh soh simpan pepper spray dlm beg ka..alarm key chain ka.. Kalo haiwan la, depa spray cat je kt bulu haiwan2 yg pemburu kulit. Kira bulu tu dh x guna so xde la depa tangkap bunuh. Tapi manusia?..