Post by manjacat on Jul 3, 2014 9:21:35 GMT 8
Sebut sahaja selebriti yang semakin suam-suam kuku tapi mulut tak henti-henti menyumpah-saranah bagai tiada hari esok, siapa lagi kalau bukan persona yang menggelarkan dirinya 'diva', Azwan Ali. Dia sekali lagi mencetuskan ketegangan di laman Twitter apabila secara terbuka dikatakan menghina rasa juadah yang dijual di Bazar Ramadhan sebagai 'Sampah'.
“Slm. Tak main la beli juadah kat bazaar ramadhan? Most rasa sampah ! Maaf ! Just face the facts ! So?”
Mungkin ada yang boleh faham tentang apa motif sebenar Azwan Ali menulis seperti itu. Tapi seperti yang dijangkakan, selebriti yang sememangnya sukakan publisiti murahan ini diserang oleh orang ramai yang tidak berpuas-hati dengan kenyataannya menyamakan juadah di bazaar sebagai rasa sampah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan mulia ini.
Namun Azwan Ali dengan 'slumber kataknya' menganggap golongan-golongan haters ini bertarafkan anak setan dan puak Melayu neraka jahanam.
Masih tidak cukup puas memberikan gelaran tersebut, Azwan juga telah menyekat golongan yang dianggap 'haters' ini menggunakan khidmat seorang P.A yang diupah khas dengan bayaran RM3,000 seminggu (katanyalah).
Ada yang meninggalkan komen tentang tak guna kalau pergi umrah tujuh lapan kali kalau perangai pergi dan tak pergi tak pernah berubah. On your face, Azwan oii yang akan mengerjakan umrah lagi pada 21 Julai nanti...
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, ada baiknya jika Azwan Ali menggunakan kapasiti sebagai seorang yang dikenali tu untuk perkara-perkara yang baik untuk diri dan orang lain yang mengikuti dirinya dan tidak mengundang kontroversi. Sudah-sudahlah mencetuskan kontroversi sebegini dan lepas ni berhati-hatilah dengan bahasa yang digunakan kerana bahasa mencerminkan diri anda yang bagaimana. Kan bagus jaga pertuturan dan penulisan dengan bahasa yang lebih murni?
Azwan, hang ingat lagi tak air mata jantan hang ni dulu kononnya dah berubah dari segenap aspek tapi apa yang dah jadi dengan diri hang sekarang ni? Pray4AzwanAli
OhMedia