Post by manjacat on Jul 14, 2014 15:51:06 GMT 8
Berita Berkaitan...
KUALA PILAH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kini dalam proses mengumpulkan lebih banyak maklumat mengenai pengasas skim cepat kaya YSLM, Zhang Jian, yang didapati menjalankan perniagaan secara haram.
Ketua Setiausaha KPDNK Datuk Seri Alias Ahmad berkata pihaknya sedang mendapatkan nama sebenar Zhang Jian, 26, sebab dia menggunakan beberapa nama berlainan serta nombor pasport warga China itu untuk pihaknya mengesan di mana dia berada.
"Kita juga sedang mengesan akaun sebab kemungkinan dia menggunakan 'server' (pelayan) atas talian dia itu yang berada di Hong Kong. Jadi kita tidak pasti akaun mana dia buka.
"Jika jelas akaun mana dia buka, saya akan mengesyorkan kepada Bank Negara supaya dibekukan sahaja akaun tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh di Masjid Kariah Kampung Tengkek, Batu Kikir dekat sini, malam tadi.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
Zhang Jian, yang mendakwa dirinya orang terkaya di dunia datang ke Malaysia awal tahun ini mewujudkan skim cepat kaya.
Bagaimanapun, siasatan KPDNKK mendapati skim itu adalah haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak memiliki lesen daripada KPDNKK untuk menjalankan aktiviti jualan langsung.
Mengenai dua kes yang dilaporkan di Selangor mengenai kegiatan syarikat itu, beliau berkata pihaknya masih memerlukan nasihat Peguam Negara untuk mendapatkan keterangan daripada seorang daripada pengarah dalam syarikat yang bersekongkol dengan syarikat YSLM.
"Syarikat itu adalah syarikat tempatan yang berdaftar tetapi syarikat ini selalu berkolaborasi dengan YSLM. Oleh itu, kita perlu mendapatkan lebih maklumat dan juga keterangan daripada pengarah dan juga pemilik kediaman yang digunakan di Seri Petaling itu.
Katanya perkara-perkara sedemikian memerlukan maklumat tambahan supaya KPDNKK dapat mengemukakan laporan lengkap kepada pihak Peguam Negara untuk pertuduhan.
"Saya percaya Zhang Jian tidak ada dalam negara sebab dia tidak hadir pada dua programnya di Ipoh dua hari lepas dan Johor semalam. Jelas, dia melarikan diri. Kita akan berhubung dengan Polis Diraja Malaysia dan Interpol untuk membantu mengesan dia.
"Sebab itu saya menyeru mangsa skim cepat kaya ini supaya melaporkan kepada polis.
Adalah dipercayai antara 80,000 hingga 100,000 orang yang mengambil bahagian dalam skim itu di negara ini," katanya.
Alias berkata beliau tidak menolak Zhang Jian kini berada di Taiwan dan akan menghubungi wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia berhubung perkara itu.
"Saya percaya mereka (wakil Taiwan) memberi perhatian mengenai perkara ini tetapi pihak mereka pun sedang menyiasat," katanya.
Katanya Zhang Jian adalah seorang yang pintar menipu dan menggunakan pelbagai helah termasuk perang saraf.
"Sumber memberitahu bahawa Zhang Jian, kalau gagal di Malaysia dia akan beroperasi di Taiwan. Itu adalah perang saraf dia untuk menyatakan dia memang aktif dalam bidang ini. Tetapi kita pasti kerajaan Taiwan, sama seperti Malaysia mengharamkan aktiviti berkaitan skim cepat kaya ini. Jadi, dia tidak akan pergi ke mana.
"Kita sedang menyiasat dan kes ini memerlukan dia (Zhang Jian) hadir untuk memberi keterangan. Tetapi saya percaya dia tidak akan muncul di Malaysia," katanya. - Bernama