Dia seorang hafiz Al Quran 30 jus, pernah belajar di Seri petaling, dia asal Burma. Dia nak balik kampung tapi pasport dia dah lama mati. Dia di tinggalkan di madras semasa kecil lagi. Sekarang dia tak punya dokumen, Mungkin dia di tahan sebab tak ada dokumen. MasyaAllah ramai yang kenal dia di Kelantan sebab selalu menjadi imam, dah banyak kali dia di tahan sebab tak ada dokumen. Semoga Allah mudahkan urusan sahabat saya ini.
Remaja di Penjara Machang hafaz al-Quran jadi imam solat Tarawih
Kuching: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementeriannya, Ketua Pengarah Imigresen dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara berhubung tawaran menjadikan Muhammad Jamaluddin sebagai anak angkat.
Beliau berkata perbincangan dengan ketiga-tiga pihak adalah berkaitan proses perundangan dan dokumentasi yang diperlukan untuk menjadikan remaja itu anak angkat.
Muhammad, 16 yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Machang, Kelantan menarik perhatian ramai di laman media sosial kerana kebolehannya menghafaz al-Quran dan menjadi imam di penjara itu.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ ni berita versi Sinar Harian @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
KUCHING - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementeriannya, Ketua Pengarah Imigresen dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara berhubung tawaran menjadikan Muhammad Jamaluddin sebagai anak angkat.
Beliau berkata, perbincangan dengan ketiga-tiga pihak adalah berkaitan proses perundangan dan dokumentasi yang diperlukan untuk menjadikan remaja itu anak angkat.
Muhammad, 16 yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Machang, Kelantan menarik perhatian ramai di laman media sosial kerana kebolehannya menghafaz al-Quran dan menjadi imam di penjara itu.
"Ada beberapa tawaran juga untuk mengambil beliau (Muhammad) sebagai anak angkat, tetapi elok saya berbincang bagaimana supaya proses legalisasi dokumentasi dapat dijalankan terlebih dahulu sebelum mengambil sebagai anak angkat," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama warga kementerian di Masjid Al-Mujahiddin Kompleks Perumahan Polis, Tabuan Jaya di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau menegaskan beliau tidak akan mencampuri urusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas Muhammad kerana kesalahan berada di Malaysia melebihi tempoh.
"Urusan menghukum ini adalah urusan mahkamah, maka saya tidak boleh menghina mahkamah dengan mengenepikan apa yang diputuskan" katanya.
Muhammad pada mulanya disangka seorang remaja Rohingya, namun hasil siasatan mendapati ibu remaja itu merupakan warganegara Thailand manakala bapanya dari Kemboja.
Ahmad Zahid mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat ke penjara itu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kebolehan Muhammad yang menarik minat pengikut laman media sosial. - Bernama
org camnih ler baru berbaloi untuk diberi taraf warganegara...
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
ada suratkhabar kata.. dia masuk penjara sbb di tangkap mencuri? sahih ke tidak? ke dia mencuri sbb dah terdesak sgt? dah takde apa nk makan?
di bulan baik ini.. bagilah peluang kedua kepada orang yg memerlukan..
kita tak tau.. bila kita pula akan merayu utk peluang kedua dan ketiga.. masa tu baru kita teringat.. oh tuhan.. betapa hinanya hambamu ini.. bantulah aku.
so.. kalau kerajan mampu tolong.. tolonglah! kalau negara mereka prihatin kebajikan mereka... takde mreka sanggup redah laut dan hutan utk sampai ke sini.
kalau dari cerita sokkabar dia kene bawak balai sebab dituduh mencuri tapi takde bukti, so lepas
tapi esoknya kena tahan balik sebab takde dokumen perjalanan yang sah
update dari cerita ini
‘Imam penjara’ jadi rebutan
KOTA BHARU – Remaja yang mengalunkan hafalan surah al-Quran di sebalik tirai besi sejak awal Ramadhan lalu kini menjadi perhatian ramai pihak termasuk untuk menjadikannya sebagai anak angkat.
Remaja lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Jamaluddin, 16, ditahan akhir Jun dan dihantar ke Penjara Machang selepas Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana kesalahan tinggal di negara ini melebihi tempoh sah.
Sejak viral rakaman berdurasi 2 minit 29 saat itu mula tersebar di laman-laman sosial terutamanya Youtube dan Facebook, pelbagai respons positif diterima dari masyarakat seluruh negara.
Malah, menurut sumber, kerajaan negeri juga tidak akan melepaskan peluang bagi memastikan remaja yang diibaratkan mutiara berharga itu tidak pulang ke negara asalnya dan membina kehidupan di sini.
Melalui viral yang dikongsi di laman sosial Facebook dan Youtube, seorang individu sanggup bersusah payah mengesan Muhammad dan mahu menjadikan beliau sebagai anak angkat.
Antara lain beliau telah mendapatkan maklumat Muhamamd melalui polis Kota Bharu dan jabatan imigresen dan mencari prosedur mengeluarkan remaja itu dipenjara dengan membayar denda.
Difahamkan, Muhammad juga turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat bagi mengetahui sendiri perkembangan Imam muda dari penjara itu.
Menurut sumber, rakaman tersebut dilakukan ketika dalam proses pemilihan imam untuk penjara di mana beliau ditahan, malah kini Muhammad dijadikan Imam untuk solat fardu dan terawih di penjara berkenaan.
Banyak pihak yang tidak menyangka Muhammad sebenarnya menjadi perhatian golongan atasan yang kini masing-masing cuba untuk membantu remaja itu menyelesaikan beberapa proses dengan mahkamah dan Jabatan Imigresen.
Tujuan utama adalah untuk memastikan permata berharga seperti Muhammad tidak disia-siakan sekali gus boleh dijadikan ikutan kepada golongan muda di Malaysia.
Dalam masa yang sama, Ibu Muhammad didakwa berasal dari Thailand manakala bapanya pula berasal daripada Kemboja dan bukanlah berketurunan Rohingya sebagaimana yang dilaporkan di Youtube dan sebagainya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman telah mengesahkan Muhammad ditangkap penduduk kampung di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa pada 18 Jun lalu kerana didakwa mencuri.
“Bagaimana pun beliau dilepaskan kerana tiada bukti kukuh dan ditahan kembali pada keesokan hari kerana tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyatakan hasrat untuk menjadikan anak muda tersebut sebagai anak angkatnya.
Ahmad Zahid berkata, proses kini dilakukan untuk mendapatkan dokumen asal bagi membolehkan prosedur pengambilan anak angkat.
“Ada dakwaan mengatakan dokumennya telah dicuri. Jika benar, pastinya ada maklumat asal ibunya warganegara Thailand dan bapanya dari Kemboja,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, sekiranya dokumentasi remaja itu berjaya, beliau bercadang menjadikan MuhamMad pembantu imam di maahad tahfiz miliknya di Melaka.
Beliau sebelum ini menyatakan hasratnya untuk mengambil Muhammad sebagai anak angkat susulan video mengalunkan bacaan al-Quran ketika berada dalam lokap polis menjadi viral di laman sosial.