Post by manjacat on Oct 14, 2014 10:21:07 GMT 8
tahniah. dah keluar metro
Harapkan 2,000 keping tiket tapi dapat cuma 30!
Itulah dilema Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) apabila permohonan membeli 2,000 keping tiket perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (Johor DT) di Johor Bahru, Khamis ini cuma diluluskan 30 keping saja.
Ahli Majlis Tertinggi PBSNT Mohd Sekanther Abdul Hamid berkata, menurut surat ditandatangani Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Mohd Fahmy Yahya, cuma 30 tiket saja dapat dijual kepada penyokong Terengganu.
"Surat itu turut menyatakan permohonan maaf PBNJ kepada PBSNT dan semua penyokong Terengganu kerana tidak dapat memenuhi permintaan membeli 2,000 tiket kerana semua tiket lain sudah diperuntukkan kepada 10 daerah di negeri berkenaan.
"Keadaan ini menyukarkan persatuan kami menyediakan tiket secukupnya kepada kira-kira 2,000 penyokong yang bakal berkunjung ke Larkin bagi memberi sokongan," katanya.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu berkata, ramai penyokong sedia berkunjung ke Johor Bahru selepas kerajaan negeri Terengganu bersetuju menyediakan 50 bas dan membeli 2,000 tiket untuk menyaksikan perlawanan penting itu.
"Kami amat kecewa dengan jawapan diberikan PBNJ kerana kami menjangkakan persatuan negeri itu sekurang-kurangnya dapat meluluskan pembelian 400 tiket seperti dilakukan untuk perlawanan sebelum ini.
"Kalau 30 tiket, bukan saja 50 bas malah sebuah bas pun tidak penuh. Tapi dalam masa terdekat ini, kami akan cuba mencari jalan supaya dapat membeli seberapa banyak tiket terdaya agar pasukan Terengganu tidak ketandusan sokongan nanti," katanya.
Menurutnya, ada baiknya jika PBNJ tidak meluluskan langsung permohonan pembelian tiket PBSNT kerana peruntukan 30 tiket itu lebih merumitkan urusan pengagihan tiket kepada penyokong Terengganu yang bercadang menyaksikan perlawanan.
"Mungkin penyokong Terengganu boleh mengambil risiko pergi ke Johor Bahru dan membeli tiket di stadium pada hari perlawanan walaupun ada kemungkinan mereka juga bakal kecewa sekiranya tiket sudah habis terjual," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Kelab Penyokong Terengganu (PETEH) Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata, perlawanan berlangsung pada Khamis yang juga hari bekerja lebih menyukarkan penyokong Terengganu untuk berkunjung lebih awal ke gelanggang lawan.
"Ramai di antara kami terpaksa mengambil cuti sekurang-kurangnya satu hari sekiranya mahu memberi sokongan kepada pasukan Terengganu yang sudah pasti dahagakan semangat dan sorakan padu peminat mereka di gelanggang lawan nanti.
"Saya percaya, cuti bukan masalah besar bagi penyokong tegar pasukan yang sanggup melakukan apa saja untuk kebaikan pasukan, namun tidak banyak dapat kami lakukan sekiranya tidak dapat membeli tiket untuk masuk ke stadium," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Oktober 2014 @ 5:07 AM
@@@@@@@@@@
balasan dari PBNJ: Hmetro