Kuantan: Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.
Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian. "Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya.
"Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.
SIAK Heong menunjukan kesan kemek di keretanya akibat dipukul wanta berkenaan dengan menggunakan pengunci stereng.
Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu naik darah dan bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman.
Malah wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci stereng.
aku before this eksiden tersontot bontot honda accord 2.4 pon xde sampai 2K orang tu mintak... RM300 je dia mintak just tuk cover sebahagian cost tuk cat balek lol...
ini pijot biase je mintak macam pakai kereta pelali... kalau pijot 208 gti ok gak sket nak tekan pakcik tu...
haih.. ada orang langgar bontot kereta aku.., dia belah bodoh aje.! aku ambik no kereta dia.. aku buat report polis.. saman dia dapat.., nama pun kene blacklist... aku cakap kt sarjan balai tu..., kalo dia dah sedor nama dia kene blacklist.. soh dia kontek aku..! bayor balik yer..kos aku repair ni! hampeh punya kayu. sayang skali dlm kereta aku takde setering lock.!
tapi .. idak ler aku nk buat gitu.. buat malu kaum aje yop!
mmg tak dapat di fikir akal fikiran kita la reaksi perempuan tu. bayangkan uncle tu seorang gangster dan pukul dia balik. takpun anak uncle tu gangster pastu cari dia. haha
satu lagi yang menjadi mangsa incident ni ialah keta CCM25. di twitter ramai hashtag #CCM25 instead of #CDM25. pastu yg tak tau tu dok retweet ja memanjang.