SHAH ALAM, 19 OGOS: Plus Malaysia Berhad (PLUS) diharap dapat meneliti semula cadangan untuk memansuhkan lorong tunai di Lebuhraya Persekutuan melibatkan Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata pengguna sepatutnya diberi pilihan untuk menggunakan lorong tunai.
Katanya, lorong yang menggunakan sistem kad prabayar seperti Touch N Go atau Smart Tag boleh diperbanyakkan namun lorong tunai juga perlu ada.
“Kita faham tujuan (pemansuhan) adalah untuk melancarkan trafik di tol, tetapi kita harus ingat bukan semua pengguna melalui lebuh raya itu hari-hari, ada yang guna sekali sekala.
“Jadi tidak adil buat mereka, kerana sistem kad ini adalah pra bayar, kita bayar dulu dan guna kemudian. Bagaimana jika hanya sekali itu sahaja, bakinya terpaksa dipendam. “Ada juga kes kad yang cuba digunakan rosak, maka terpaksa juga ke lorong tunai,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau dihubungi bagi mengulas pemberitahuan Plus kepada pengguna kenderaan bahawa lorong tunai tidak akan beroperasi bermula 1 September 2014 di kedua-dua plaza tol di Lebuhraya Persekutuan.
Mengulas lanjut, Yusof berkata, sistem yang dicadangkan pihak Plus itu hanya boleh dilaksanakan sekiranya penggunaan bayaran kad digunakan secara lebih menyeluruh oleh pengguna di Malaysia.
“Memang ada negara seperti Hong Kong yang mengguna pakai sistem bayaran kad ini secara meluas.
“Tetapi mereka masih tetap menyediakan khidmat tunai bagi memberi pilihan kepada pengguna,” katanya lagi.
baki boleh refund balik... kad rosak boleh replace... penggunaan kad bukan terhad di tol je... transit,parking,retail,restoren...
Still not acceptable...bukan semua orang ada masa nk gi beli kad semata² nk lalu sekali lepas tu nk luang masa gi refund pulak....bukan semua parking,retail& restoran boleh pakai kad touch n go.....even aku dekat ngan klcc pon xtau ada ke tak restoran yang pakai kad touch n go....kalo sapa tau sila bagitau..kalo tak aku anggap memang xde

everything is awesome
maksudnya bukanlah pakai sekali terus mintak refund... beli sekali tuk lalu tol... pastu kalau xde nak guna dekat tol lain... walau pun bukan smua boleh pakai dekat parking,retail tapi ade segelintir yang boleh guna... dekat KLCC mmg xde setahu aku... restoren sana mahal2... hahaha...
nak tau list dekat mana... boleh tgk website touch n go...