Miami: Kapten England, Steven Gerrard percaya pemain muda berbakat yang disenaraikan dalam skuad Piala Dunia 2014 berjaya membantu mewujudkan suasana lebih yakin bagi menghadapi saingan di Brazil berbanding penampilan di Afrika Selatan, empat tahun lalu.
“Ia sama sekali situasi yang berbeza. Mereka sentiasa tersenyum dan menikmati setiap sesi latihan bersama. Empat tahun lalu, kami mungkin tidak merasai suasana seperti ini dan kami tidak mempunyai keyakinan seperti ini. Dinilai berdasar prestasi
“Ia sama sekali jauh berbeza tetapi ia memang mudah untuk memperkatakannya. Apa pun, kami dinilai be rdasarkan prestasi dan keputusan sama ada kami boleh beraksi pada tahap prestasi sebenar atau sebaliknya,” katanya sejurus tamat sesi latihan di sebuah universiti di pinggir bandaraya ini, kelmarin.
Berdasarkan ramalan saintis dari Jerman, skuad kendalian Vicente Del Bosque akan menjuarai Piala Dunia di Brazil.
Saintis Jerman mendedahkan ramalan mereka yang pasukan Sepanyol akan mengalahkan Jerman di perlawanan akhir nanti.
La Roja mahu mempertahankan kejayaan empat tahun lalu, dengan kehadiran penyerang berbisa Diego Costa menyerlahkan peluang mereka di Rio.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, England berjaya mara ke pusingan kedua dengan mengalahkan Ivory Coast tetapi tersekat di pusingan suku akhir kepada Sepanyol.
Juara Dunia 2010 itu kemudiannya mara ke perlawanan akhir dengan menumpaskan pasukan tuan rumah Brazil, sementara itu Jerman mengecewakan Argentina.
Argentina, Brazil, Sepanyol dan Jerman adalah empat pasukan yang mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi Piala Dunia.
Dalam usaha mendapatkan ramalan ini, The Freie Universitat dan beberapa Universiti menggunakan beberapa kaedah, dengan melihat ranking pasukan, prestasi lepas dan ciri-ciri yang dimiliki oleh pemain.
Astro cakap, bukan aku cakap. diorang kata Spain Menang
Last Edit: Jun 11, 2014 19:30:50 GMT 8 by manjacat