Tindakan seorang remaja berusia 15 tahun melarikan diri dari pusat pemulihan mengundang padah apabila dia diperkosa oleh 16 lelaki durjana di Tanah Perkuburan Kristian di Jalan Kuari, Cheras, Isnin lalu.
Mangsa dipercayai mengikuti lelaki yang baru saja dikenalinya dengan menaiki motosikal pada jam 8 malam sebelum dibawa ke tanah perkuburan dan dipertemukan dengan 15 lagi rakan lelaki itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata mangsa dibawa ke kawasan sunyi di tanah perkuburan itu sebelum diperkosa bergilir-gilir dan dipaksa melakukan seks oral.
Selepas diperkosa secara bergilir-gilir oleh 16 lelaki, remaja itu ditinggalkan di tanah perkuburan berkenaan.
Seorang pengawal keselamatan yang meronda di tanah perkuburan itu menemui mangsa sebelum menghubungi polis. Polis mengenal pasti 2 individu dipercayai terbabit dalam kejadian itu.
Polis yakin dapat mengenal pasti 14 lagi suspek dan menahan mereka dalam masa terdekat.
A 15-YEAR-OLD girl who escaped from a rehabilitation centre was sexually assaulted by 16 men at a cemetery in Jalan Kuari, Cheras, reported Berita Harian.
The victim was abducted at an isolated area and brought to the cemetery, where 15 other men were waiting in the 8pm incident on Monday, said City CID deputy chief Asst Comm Khairi Ahrasa.
She was gang-raped and forced to perform oral sex. The rapists then abandoned her at the cemetery.
“A security guard who was making his rounds in the area then found her and contacted the police station,” he said.