sedar sedar je lagi 4 hari kita nak cuti hari merdeka well, at this day and age, cuti merdeka is just another cuti dan macam biasa, every year, kerajaan try to push patriotisme kepada rakyat well, it probably work satu dua dekad yang lalu but not today. mungkin wrong approach kut.
setiap tahun, akan ada cubaan untuk mengingati perjuangan tokoh tokoh kemerdekaan same argument as before, agar rakyat menghargai kebebasan yang mereka kecapi sekarang dan nak rakyat menghayati penderitaan orang masa dulu yang dok lawan jepun dan british simpan radio dalam beras.. makan ubi
heck, even semangat nak letak bendera pun dah takde kalau dulu dulu, aku rasa penuh semua orang dok kibar bendera sekarang ni, jangan kata bendera, tiang bendera pun takde tahun ni aku pun tak tau motto kemerdekaan ape siap ada yang lupe 31 haribulan ni cuti umum
rancangan TV plak biasanya kalau time time merdeka ni asek dok recycle balik cerita Bukit Kepong, Embun dan Leftenan Adnan
hari merdeka ni, orang yang betul betul sambut cuma mereka yang involve dengan kawad hari kemerdekaan yang lain? it's just another holiday.
tiap2 tahun saya pasang bendera besar kt balkoni rumah, biar berkibar2 so ada la sikit rasa patriotic. kt kereta x tampal kot. itu je la.. mana x nya, tahun ni merdeka, org selangor dok pening sapa betoi2 jadi mb ni
KUALA LUMPUR: Tinggal beberapa hari lagi rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-57.
Sejak 31 Ogos 1957, saban tahun kita semua tanpa mengira usia akan meraikan kedatangan tarikh yang penuh makna itu sebagai tanda kita bebas dari penjajahan.
Namun apakah merdeka itu hanya bermaksud bebas dari penjajahan oleh satu kuasa asing ke atas sebuah negara atau pemerintahan?
Tentunya, kata merdeka itu mempunyai makna yang luas dan setiap orang mempunyai definisi tersendiri tentangnya dan tidak hanya 31 Ogos semata-mata.
Bagi seniman Khalid Salleh, sebelum 31 Ogos 1957 lagi rakyat negara ini sudah merdeka kerana bebas menyuarakan pendapat tentang hak mereka.
"Kemerdekaan itu tidak terikat kepada 31 Ogos itu, ia hanya satu tarikh, tapi jauh sebelum itu, rakyat negara ini sudah merdeka menyuarakan pendapatnya atau haknya, contohnya seperti ketika nak ditubuhkan Malayan Union," kata pelakon yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ini.
bla bla bla bla, artis punye pendapat... bosan baca..
Bagi penyair tersohor, Pyanhabib, merdeka bukan hanya sekadar kibar bendera tetapi ia perlu difahami maksudnya dengan lebih mendalam.
"Sudah 57 tahun merdeka, tiap-tiap tahun kita asyik kibar bendera sahaja, takkan lah merdeka hanya untuk kibar bendera sahaja, kalau elit atasan sudah merdeka itu ini, orang bawahan juga mahu merdeka. Semua rakyat mahu hidup merdeka, termasuk seniman, mahu sedikit kebebasan untuk bersuara, kalau mengkritik bukan bererti tidak sayang," jelas beliau.