Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi di sini kecoh apabila seorang jurugambar akhbar New Straits Times ditumbuk oleh seorang kenalan ahli keluarga mangsa MH17.
Seorang lelaki dipercayai kenalan ahli keluarga mendiang Subashni Jretnam dikatakan bertindak demikian bagi menghalang Aizuddin Saad mengambil gambar mereka.
Aizuddin dilaporkan cedera ringan dan kameranya rosak akibat kejadian itu. Sebelum itu, wakil-wakil media dilarang keras dan dihalau oleh ahli keluarga Subashni daripada membuat liputan.
Ia mungkin disebabkan serbuan secara beramai-ramai jurugambar yang bertugas menimbulkan rasa tidak disenangi ahli keluarga yang dilanda kesedihan akibat kehilangan orang kesayangan dalam tragedi MH17.--MalaysiaGazette
"Seorang jurugambar ditumbuk keluarga mangsa MH17 apabila dikatakan tidak menghormati permintaan mereka untuk tidak mengambil gambar. Seharusnya kita harus menjaga sensitiviti keluarga mangsa yang sedang kesedihan."
Last Edit: Sept 2, 2014 19:00:16 GMT 8 by manjacat
jurugambar n reporter tuh just jalankan tugas je. lagipon family tu sendiri yang terima open cremony dari gomen.
kalau nak private x payah terima open cremony dari gomen la. buat secara tertutup macam family 2 orang mangsa first batch tiba. langsung xde reporter yang datang buat liputan. tu baru betul2 nak privasi.
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
nak ngamuk tak tentu pasal... nak privasi bagitau siap2...
Dah bagitau, tapi depa serbu gak masuk...kan dah kono penumbuk sekali
bukan ke elok cakap ngan gomen liputan hanya di lapangan terbang hingga ke pintu masuk tempat pengebumian... lepas serah dah xleh sape2 lagi buat liputan...