KUALA LUMPUR: She went through a series of difficult tests and at least two rounds of grueling interviews to beat some 70-odd pupils to win herself a trip to the United States that was being organised by her school’s Aerospace Club.
But after the announcement yesterday that all Year Six pupils had to sit for their Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) English and Science papers on September 30, Alisya Sofea Norisham’s participation in the school trip is now in limbo.
This is because the group will be departing Malaysia on September 19 and return on September 29, just one day before the exams.
“I know she worked really hard to be selected for this trip. But returning to Kuala Lumpur on the 29th is cutting it a little bit too close, I think,” Sheila Hambali, Alisya Sofea’s 41-year-old mom told Astro AWANI yesterday.
The trip, which comprises 12 students and several teachers, including the school’s headmistress, is supposed to first take the selected students of Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (1) to Washington D.C. before heading to New York.
Johor Bahru: “Saya dah malas nak hadap (duduki) semula peperiksaan Bahasa Inggeris kerana sudah bersungguh-sungguh menjawab soalan hari itu (Rabu lalu).
“Semuanya hanya sia-sia dan saya penat nak mengulang kaji pelajaran semula,” kata calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Nur Syazwana Batrisya Abdul Aziz, 12. Nur Syazwana Batrisya berkata, dia yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang kecewa dengan isu kebocoran kertas soalan Bahasa Inggeris dan Sains.
Menurutnya, dia sanggup bersengkang mata untuk mengulang kaji pelajaran bagi menduduki peperiksaan termasuk Bahasa Inggeris dan tidak menyangka perlu mendudukinya semula.
Katanya, dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis selepas berbincang dengan ibu bapa dengan harapan perkara itu tidak berulang.
“Saya memperoleh keputusan 3A dan 2B pada peperiksaan percubaan dan bagi mencapai keputusan lebih baik di UPSR, saya mengulang kaji pelajaran siang dan malam.
NUR Syazwana bersama bapanya, Abdul Aziz membuat laporan polis.
“Ibu bapa saya juga memberi dorongan dan sebagai anak sulung daripada empat beradik, saya perlu berusaha keras untuk menjadi contoh terbaik kepada adik. “Kini saya penat, saya kecewa dengan semua yang terjadi,” katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Bandar Dato' Onn, Tebrau di sini, semalam selepas membuat laporan berkaitan kes kebocoran kertas soalan terbabit.
Nur Syazwana yang tinggal bersama keluarga di Taman Cahaya Masai diwakili bapanya, Abdul Aziz MK Makkai Kutty, 36, yang bekerja sebagai jurutera komputer untuk membuat laporan polis berkenaan.
Abdul Aziz membuat laporan polis bersama Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Maju Jaya Md Johan Jamian dan Pengerusi Biro Pelajaran dan Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang Roszaidi Ramlee.
Hadir sama Presiden Persatuan Pemuda dan Puteri Malaya (PERIMAU) Johor Mohd Ridhwan Othman.
Abdul Aziz berkata, anaknya hilang semangat dan enggan menduduki UPSR ulangan selepas mengetahui kertas peperiksaan terdahulu bocor. Menurutnya, dia dan isteri terpaksa memujuk Nur Syazwana Batrisya serta memberi kata-kata semangat kepada kanak-kanak itu.
“Ini pengalaman pertama kami. Saya yakin ibu bapa lain turut tertekan dengan kejadian ini memandangkan sebahagian besar daripada mereka juga sudah merancang untuk bercuti bersama anak.
“Kejadian seperti ini seharusnya tidak berulang kerana tidak adil kepada calon yang bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran sedangkan segelintir daripada mereka boleh memperolehi keputusan cemerlang dengan hanya merujuk kepada soalan dan jawapan yang tersebar,” katanya.
Sementara itu, Roszaidi berkata, laporan polis dibuat bertujuan menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap pihak yang mendalangi perbuatan tidak bertanggungjawab berkenaan.
udah repot polis gilo.. nak bjaya tapi baru kena ulang paper je dah putus asa.. ape ke b......g sgt ni... bkn nye xleh amik exam terus.. tu kalo duk U kena repeat paper? upsr je pon...come on la mak bapak pun...
Last Edit: Sept 14, 2014 9:40:22 GMT 8 by manjacat