Surcaj bahan api dihapuskan, harga tiket AirAsia serendah RM19
KUALA LUMPUR: Harga tiket syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dijangka akan turun susulan pengumuman surcaj bahan api berkuat kuasa hari ini. (Isnin lepas)
Pemansuhan ini melibatkan semua penerbangan dalam kumpulan AirAsia termasuk AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X.
Ia dilakukan sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan berkata sebagai syarikat penerbangan tambang murah, usaha digiatkan untuk memberikan harga yang berpatutan kepada para penumpang.
“Keputusan ini dibuat pada bulan November 2014, sejajar dengan penurunan harga minyak global.
“Walau bagaimanapun, kita hanya mampu untuk melaksanakannya sekarang. Kami percaya menghapuskan surcaj bahan api dan mengurangkan kos perjalanan akan menjadi dorongan besar kepada industri pelancongan.
"Ini akan menjadi satu kelebihan kepada pengguna, tetapi ekonomi juga akan mendapat manfaat daripada ini kerana industri pelancongan dapat memberikan peluang pekerjaan yang besar," katanya.
Dengan penghapusan surcaj bahan api dari tambangnya, penumpang dapat tiket domestik dari serendah RM19 sehala, dan penerbangan antarabangsa daripada RM49 sehala.
Tapi tu lah, dlm keadaan rakyat kita cam trauma flight tragedi, time ni la nk murah. Apapun baguslah turunkn rege tu, yg x pernah naik flight boleh la gi makan angin even dlm negeri pun
Tak jugak Annur Last time aku pegi kk naik mas lagi murah dari AA Included meal Ramai org anggap AA low cost so mesti always cheaper than others But it doesn't work all the time