bagi aku, tahap sekarang ni, player naturalisasi ni dah bukan tahap short cut solution dah dah tahap only solution je sekarang
tak nampak ke betapa krikitalnye team mesia skarang lawan Bangladesh, lawan Palestin pun tak boleh menang
nak tunggu FAM rombak balik semua from the grass roots? tungggu laaa~~ nak tukar presiden pun amek masa 20 tahun apetah lagi perubahan yang melibatkan national scale
macam pzul cakap tu betul. ye, team malaysia sekarang ni takde creativity time attack. kreativiti takde at least bila dah ada striker yang profilik ni, sedap le sket nak tengok live game membabitkan malaysia
jadi, bile kita lawan team kuat pun (e.g. Uzbekistan, China, belah belah Arab) kita tau kita at least ada fighting chance.. cuma perlu defend 200% dan make sure stiker kita dapat bola so at least takde la kita dok pikir "ini merupakan pengajaran berguna untuk pemain pemain kita pada masa akan datang..."
of course, isunye sekarang adalah isu kewarganegaraan di mana negara kita ni memang sensitif sket bab nak bagi warganegara kat orang asing ni. nak bagi kat orang china pun kita dah mengamuk apetah lagi kalau bagi kat orang puteh FAM for sure akan bangkitkan isu ini.
standard nak bagi PR macam biasa la player tu kena stay at least X tahun (x sure berapa, maybe 3 or 5) kene reti cakap melayu sket sket
cuma dapat la penyerang berfizikal macam omputeh sedap la sket gi langgar defender lawan
tak besar sangat pun xpe... janji licik... playmaker plak kreatif memang power la... tapi sayang defend plak suka main long ball... pass ke keeper lawan...
Post by morpheuzneo on Sept 24, 2014 14:58:33 GMT 8
ingat lagi tak atlit sukan yg kita naturalisasi kan zaman dulu.. yuan yufang.. acara jalan kaki jarak jauh tu..! mmg berapa tahun dia aje yg menang..! dgn sorang lagi dari rusia..
Annuar yang juga ahli Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara ditemui selepas merasmikan Arked Kayang milik Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Kangar, semalam.
Beliau berkata, pemain import hanya boleh mewakili negara selepas melalui tempoh lima tahun (bertenang) namun masih ada beberapa syarat lain seperti pemberian status warganegara atau penduduk tetap yang perlu diambil kira.
"Pemain import rata-rata berumur 25 tahun ke atas. Selepas tamat cooling off period mereka sudah tua kerana proses mendapatkan kerakyatan mengambil masa panjang. Nak ambil pemain remaja (import) pula ibu bapa mereka menjadi halangan.
"Yang terbaik dan relevan sekali ialah melatih bakat-bakat muda melalui perancangan jangka panjang dan dilaksanakan dengan sistematik serta menambah baik Liga Malaysia," kata Annuar.
Beliau bagaimanapun mengalukan-alukan hasrat pemain import yang mahu mewakili Malaysia.
Katanya lagi, walaupun Malaysia pernah mendapat khidmat atlet jalan kaki Yuan Yu Fang dari China dan angkat berat Hidayat (Indonesia) dalam menghadapi Sukan Komanwel, perkara itu tidak akan berlaku dalam bola sepak.
Menurut Annuar, dalam bola sepak ada peraturan tambahan yang menghalang seseorang itu mewakili negara, sehingga memenuhi syarat Fifa. - Bernama
Last Edit: Sept 24, 2014 17:57:08 GMT 8 by morpheuzneo