Post by Purple_Rose on Sept 25, 2014 8:27:54 GMT 8
SYARIKAT pengiklan milik penuh Bumiputera, Wall-Ads Dot TV Sdn Bhd (Wall Ads TV), syarikat di bawah Wall Media Bhd, menyasarkan 10,000 penyiar iklan dalam enam bulan akan datang.
Penyiar iklan merupakan pemilik akaun laman sosial yang akan mempromosikan iklan daripada Wall Ads TV.
Pengarah Urusan Wall Ads TV, Zamzuri Mohamed Tahir berkata, sejak ditubuhkan pada Julai 2013, syarikatnya sudah mencapai 20 peratus daripada jumlah yang disasarkan.
“Kami berharap untuk mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 penyiar iklan di setiap negeri,” katanya.
Menurutnya, Wall Ads TV ialah konsep baharu di negara ini yang menggunakan platform media sosial sebagai penyelesaian kepada cara lama pengiklanan yang mahal dan tidak berkesan.
“Mengiklankan iklan di Wall Ads TV adalah jauh lebih murah dan berbaloi kepada pengiklan. Bukan itu sahaja, bagi penyiar iklan pula, ia boleh membantu menjana pendapatan bulanan,” katanya.
Menurutnya, pengiklan hanya perlu membayar RM32 (AS$10) bagi setiap paparan iklan di laman sosial.
Buat masa ini, Wall Ads TV boleh didapati menerusi Facebook dan Twitter.
“Kami merancang untuk memperluaskannya ke semua laman sosial pada masa akan datang,” katanya.
Wall Ads TV telah berada di Indonesia, Singapura, Filipina dan Kemboja serta merancang ke pasaran India.
satu tabiat aku.. kalau kat newsfeed aku asyik muncul status iklan dari user yang sama aku unfriend jer.. menyemak dan curik kuota news feed aku jer..
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.