Pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia yang lepas, dalam ucapan dasar saya sebagai Ketua, saya telah mencadangkan kepada kerajaan untuk membina 'rumah transit' untuk pasangan muda di kawasan bandar bagi memudahkan mereka mendapat penginapan mampu sewa sementara.
Alhamdulillah, cadangan tersebut hari ini menjadi realiti. Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan & Kesejahteraan Bandar di bawah Dato' Rahman Dahlan telah pun membina 600 lebih unit rumah transit di Bukit Jalil, KL untuk pasangan muda baru kahwin.
Ini satu permulaan yang cukup baik dan Pemuda UMNO harap lebih banyak unit rumah transit disediakan.
Permohonan boleh dibuat di laman web Eperumahan DBKL.
Tempoh maksimum sewaan adalah dua tahun dengan kadar RM 250 sebulan dan antara syarat permohonan adalah:
- Warganegara Malaysia - Berkahwin dalam tempoh setahun - Umur 30 tahun ke bawah - Tidak mempunyai rumah sendiri - Pendapatan isi rumah sebanyak RM 3 ribu ke bawah sebulan - Bekerja di Lembah Klang
Terima kasih Dato' Rahman kerana melaksanakan idea Pemuda UMNO yang dicadangkan demi golongan muda.
Untuk Belanjawan 2015 pula yang bakal dibentang pada hari Jumaat oleh YAB Dato' Sri Najib Razak, Pemuda UMNO harap konsep pembangunan bandar-bandar belia dengan perumahan mampu milik dan kemudahan lengkap untuk anak-anak muda dapat dilaksanakan. Idea ini telah pun kami bentang pada mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang lepas untuk menyediakan perumahan dan juga kawasan pembangunan yang khusus bagi orang muda.