Kuala Lumpur: Empat wanita penggoda warga Afrika dikesan tidak segan silu menjalankan kegiatan memujuk lelaki tempatan dengan menawarkan hubungan seks dengan bayaran RM200.
Kumpulan wanita Afrika dikesan berhijrah ke negara ini dan aktif melakukan kegiatan pelacuran kaki lima itu di sekitar di Jalan Changkat, di sini.
Kegiatan maksiat itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi melakukan serbuan di lokasi ‘urus niaga’ seks itu jam 1 pagi semalam.
Tangkapan dilakukan selepas polis mendapati empat pelacur jalanan itu cuba memujuk pelanggan dan melakukan tawar menawar dengan beberapa pelanggan lelaki tempatan.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, polis berjaya memberkas empat wanita Afrika berusia 27 hingga 34 tahun itu.
Menurutnya, ada antara wanita itu cuba melarikan diri dengan hanya ‘berkaki ayam’ namun sempat dikejar dan diberkas polis.
“Operasi Ops Cegah Jenayah itu yang berakhir jam 6 pagi semalam dilakukan serentak di seluruh daerah polis di Kuala Lumpur bertujuan membanteras dan memburu penjenayah.
“Polis turut menyasarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen, penagih dadah dan penjenayah dikehendaki polis,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.