'Perak tidak kisah belanja besar' patut dibaca sebagai 'Perak berselera besar' tidak mahu berbelanja besar.
Offer Ricardo Fuller dari Jamaica yang bermain di Millwall FC, England, tapi tak mampu bayar gaji bila Fuller mintak <100k sebulan.
Offer Younis Mahmoud, kapten skuad kebangsaan Iraq. Younis mintak gaji 70k sebulan, tak mampu bayar jugak.
Usah tragedi import Popovic, Karim, Terkes, Eliel berulang. Tangkap muat sebab tarikh tutup dah dekat. So, sekarang kita tunggu jela import mana yang di sign PAFA sehingga tarikh akhir 5 Disember 2014 nanti.
▸Pendaftaran pemain tempatan 22 Sept - 5 Dis, 12.00 tengahari
▸Pendaftaran pemain import 22 Sept - 5 Dis, 11.59 malam
macam biasa, masuk ni season ke-3 dah PAFA buat lawak awal season
coach yang baru dilantik, liga belom start lagi dah kene ganti.
Ipoh: Perak mengambil tindakan drastik menggantikan jurulatih pasukan Liga Super Vjeran Simunic dengan Datuk M Karathu berikutan prestasi kurang memuaskan jurulatih dari Croatia itu selepas dua bulan mengendalikan pasukan The Bos Gaurus.
Pengumuman pengguguran bekas jurulatih terbaik Liga S (Singapura) 2012 ketika mengendalikan pasukan DPMM Brunei itu memang dijangkakan berikutan ‘kehilangan’ Simunic dari pasukan sejak lebih dua minggu lalu.
“Demi pasukan, PAFA terpaksa bertindak terhadap Simunic selepas mendapat maklum balas daripada pemantau terdiri daripada pegawai pasukan, pemain dan individu tertentu.
“Tiada perkembangan positif yang dibawa sejak mengendalikan pasukan November lalu.
“Pencapaian Simunic ketika mengendalikan pasukan Piala Emas Perak turut dijadikan kriteria penggugurannya.