KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara Dato’ AC Mizal teruja apabila impiannya untuk berduet dengan Pitbull bakal menjadi kenyataan apabila rapper antarabangsa itu sudah pun memberikan respon terhadap jemputan daripada pihaknya.
AC Mizal gembira apabila pihak Sony Music telah menyuarakan hasratnya kepada Pitbull, namun terpaksa memenuhi syarat rapper dari Amerika Syarikat itu untuk mencapai sasaran satu juta muat turun untuk single terbarunya iaitu Paranoid.
“Saya teruja apabila dimaklum Sony Music Malaysia mengenai Pitbull sudah tahu tentang hasrat saya yang mahu berkolaborasi dengannya.
“Namun, Pibtull berikan syaratnya kepada saya sebelum bersetuju untuk berkolaborasi iaitu saya perlu penuhi syarat yang diberikan iaitu single saya Paranoid perlu mencecah 1 juta download,” katanya seperti yang dilapor portal Murai.
Pun begitu, AC Mizal yakin bahawa Paranoid iaitu single duetnya bersama bintang Indonesia iaitu Luna Maya akan mencapai sasaran yang ditetapkan memandangkan dia bakal melancarkan single tersebut di negara seberang.
“Setakat ini Alhamdulillah, sambutan lagu Paranoid sangat baik. Saya difahamkan sekarang ini sudah mencecah ratusan ribu (download). Saya yakin sebelum hujung tahun ini saya dapat capai 1 juta dowlnoad.
“Lagipun pada penghujung November ini saya akan ke Indonesia untuk mempromosikan lagu tersebut. Saya kira ini peluang baik kerana dengan kolaborasi saya bersama Luna Maya, penerimaan peminat di sana terhadap lagu itu lebih mudah.
“Jika sambutannya baik ia tak mustahil untuk saya meraih lagi beberapa ratusan ribu download lagi sekaligus saya boleh memenuhi syarat dari Pitbull,” jelasnya lagi.
AC jangka impiannya itu akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2015
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.