Lagu Cindai Jadi Cib*i, Penulis Lirik Bengang Cara Nyanyian Stacy?
Ketika berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada malam tadi (Jumaat), tiada siapa menyangka anugerah tersebut telah mengguris hati seseorang.
Penulis Lirik lagu ‘Cindai’, Hairul Anuar Harun telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap penyampaian lagu yang dinyanyikan oleh Stacy malam tadi.
Menerusi akaun Facebooknya (FB) Hairul Anuar telah memuat naik status, “hahaha... cindai dah jadi cib**...lirik ikut sedap mulut kau je...lantak korang la...” dan perkara tersebut telah menarik perhatian sebahagian rakan FB yang bersetuju dengan kritikan pedasnya itu.
Rata-rata yang memberi komen turut tidak bersetuju dengan cara Stacy menyampaikan lagu tersebut apabila penyanyi tersebut menyanyikan lirik yang salah.
Hairul Anuar turut mengkritik persembahan Stacy yang kononnya mahu menyuntik kelainan ketika menyampaikan lagu Cindai, sebagai tidak menjadi.
“Nak kelainan sgt kan? hambik la... mmg lain la jadinya..,” tulis Hairul di bahagian komen.
Selain itu ada juga rakan FB Hairul mendakwa Stacy telah terlupa lirik dan ‘hentam kromo’ ketika menyanyikan lagu dendangan asal Dato’ Siti Nurhaliza itu.
Penulis lirik tersebut juga kesal apabila karyanya yang sudah mencecah usia 16 tahun itu seolah-olah diperlekehkan dan menganggap Stacy hanya mengambil mudah ketika menyampaikan lagu tersebut.
Astro Gempak kongsikan kepada anda video persembahan Stacy ketika menyampaikan lagu Cindai di malam ASK 2014, yang telah dikongsikan oleh 'Atoszone' menerusi akaun Youtubenya:
tang mana dia sebut cibai? aku dgr dia sebut cindai instead of cibai.... aku crosscheck, tersilap sebut perkataan adelah dalam performance tu.... penulis lirik telinga labang ni....main sebut je....
Episod kontroversi membabitkan persembahan Stacy yang mendendangkan lagu Cindai di Anugerah Skrin 2014, jumaat lalu masih tidak bernoktah.
‘Drama’ ini bermula apabila penulis lirik lagu itu, Hairul Anuar Harun mengeluarkan kenyataan pedas apabila mengkritik kesalahan lirik Stacy ketika membawa lagu milik penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.
Terbaru, ikon irama tradisional Malaysia, Noraniza Idris membidas kenyataan Hairul Anuar Harun apabila berkata, penulis tersebut sepatutnya tidak melatah akibat kesilapan Stacy kerana ia adalah lumrah dunia nyanyian.
“Hanya kerana cara nyanyian dan silap kerana lupa lirik, itu dah ada dalam nyanyian live. Satu side lain kita perlu beri pujian kepada Stacy kerana dia isi setiap nyanyiannya dengan gaya persembahan yang bukan mudah orang nak buat.”
Ujar Noraniza menerusi laman sosial Facebook peribadinya, isu tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan kerana ia menjejaskan maruah pihak kedua.
“Bagi saya semua orang berhak menyanyikan lagu tersebut yang hanya sebuah lagu traditional yang boleh dinyanyikan oleh siapa jua dengan cara tersendiri,” tambahnya.