Post by manjacat on Nov 9, 2014 19:49:00 GMT 8
Elak jodoh dengan rakan artis – Zara
PERTEMUAN Sensasi Bintang bersama Zara Zya membuka ruang kepada aktres jelita itu bercerita tentang bingkisan kisah kerjaya dan cintanya. Pelakon genit itu tanpa berselindung rancak menyusun butir bicaranya berkongsi tentang rasa hati untuk dititipkan buat peminatnya di luar sana.
Hujan lebat yang membasahi bumi pada petang Rabu lalu seakan mengizinkan penulis berbual rancak dan bercerita lebih lanjut perihal fokus aktres itu dalam kerjayanya.
Dia memberikan sepenuh tumpuan kepada penulis untuk menyelami percikan dunia populariti yang diraih dan isi hati yang masih membungkam jiwa pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd. Zainuddin itu.
Dia yang mesra disapa sebagai Zara sememangnya tidak asing dalam industri seni tanah air. Selama 10 tahun penglibatannya dalam industri lakonan, dia telah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan.
Bertentang mata dengan teraju utama drama Love You Mr. Arrogant itu, penulis turut menanyakan perihal jodoh dan ciri-ciri lelaki idamannya.
“Saya tidak pernah memilih pasangan hidup. Jika sukakan seseorang itu, saya akan menerima diri dia seadanya. Rupa paras tidak menjanjikan kebahagiaan sesebuah hubungan, sebaliknya keperibadian seseorang itu yang lebih saya utamakan.
“Sejujurnya, buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan soal jodoh. Fokus saya kini lebih kepada untuk menstabilkan kedudukan kewangan dan keluarga,” katanya membuka bicara.
Tambahnya, dia masih belum bersedia untuk mempunyai komitmen cinta dengan mana-mana lelaki walaupun usianya sudah menginjak 29 tahun.
“Mungkin bagi sesetengah orang fikir, usia seperti saya ini sudah sepatutnya berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri tetapi pada zaman kini, kahwin lewat bukan menjadi isu besar.
“Berilah saya peluang untuk mencari harta sendiri sebelum berfikir mengenai jodoh dan menyerahkannya kepada takdir. Lagipun, saya bukannya seorang yang tidak boleh hidup tanpa cinta,” luahnya.
Sebelum ini, ada kata-kata yang berterbangan mendakwa kononnya pemegang diploma dalam bidang teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan itu sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor Fahrin Ahmad dek kerana kemesraannya berbalas komen di laman sosial Instagram sehingga menjadi perbualan ramai.
Bagaimanapun luah Zara, hubungannya bersama Fahrin tidak lebih daripada rakan sesama industri. Zara juga mendedahkan, dia akan mengelak daripada bercinta dengan teman seperjuangan dalam industri seni tempatan.
“Saya tidak mahu bercinta dengan rakan sesama industri. Ini kerana, industri seni ini terlalu sibuk. Saya bimbang apabila saya bercuti, takut si suami pula baru mahu mulakan kerja. Kesimpulannya kami tidak dapat meluangkan waktu bersama.
“Kalau boleh biarlah calon suami saya itu bekerja dalam bidang lain. Sekurangnya-kurangnya kami tidak terikat dengan perkembangan dunia seni sahaja,” kongsi Zara.
ZARA cuba mengelak bercinta dengan rakan artis.
Populariti Jatuh
Siapa sangka selama sedekad bergelar anak seni, baru kini Zara Zya meraih populariti menggunung. Ia tercetus selepas kemunculannya pada tahun lepas menerusi drama bersiri Love You Mr. Arrogant yang berjaya meraih jumlah penonton mencecah 4.6 juta orang.
Watak Zaraa Amirah yang dipegangnya nyata telah mengubah landskap kerjaya sehingga berjaya menggondol trofi Anugerah Bintang Popular 2013 menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular pada Jun lalu.
Bagaimanapun, Zara mengakui bimbang jika namanya kembali lenyap dalam persada seni tanah air sekiranya tiada lagi produk yang mampu menghangatkan namanya semula.
“Ketika nama sedang berada di puncak, saya ambil langkah untuk tidak terlalu mengejarnya. Saya sebenarnya takut juga jika nama saya kembali menyepi dalam industri seni lakonan tetapi saya percaya setiap rezeki itu Tuhan yang tentukan.
“Kadang-kala saya bukan sengaja menyepi dalam dunia lakonan tetapi disebabkan tarikh tayangan yang terpaksa ditangguh menyebabkan kelibat saya tidak kelihatan seketika.
“Tidak dinafikan selepas menjalani penggambaran untuk sesebuah drama itu, saya akan berehat seketika kerana perlu meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Sejujurnya, saya bukanlah seorang pelakon yang boleh bekerja 24 jam. Saya juga manusia normal yang perlukan rehat,” katanya.
Menyentuh mengenai perkembangan terbaharu yang sedang dilakukannya kini, kata pelakon tersebut, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Zahira terbitan Excellent Pictures.
Diarahkan oleh pengarah muda, Khalid Nadzri, drama bersiri 15 episod itu bakal mengisi slot Samarinda di TV3 pada 20 November ini.
“Drama Zahira merupakan kemunculan semula saya selepas beberapa bulan menyepi dalam industri seni. Drama ini juga merupakan kemunculan semula aktor Adi Putra yang hampir setahun tidak menjalani sesi penggambaran. Saya percaya naskhah terbaharu ini akan berjaya menaikkan nama saya kembali.
“Selain itu, saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Jahil yang akan ditayangkan di Astro Oasis tidak lama lagi,” katanya.
ZARA belum berfikir pasal jodoh buat masa ini dan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya sebagai anak seni.
Drama Zahira mengisahkan perjalanan hidup seorang graduan bernama Zahira (lakonan Zara Zya) yang menganggur setelah idea perisian komputernya dicuri oleh kekasihnya sendiri.
Zahira yang sangat mencintai kekasihnya itu kecewa dan patah hati setelah cintanya dikhianati dan menjadi mangsa kepada teman lelakinya, Sufiyan (lakonan Ryzal Jaafar) yang hanya mahu mempergunakannya sejak dari zaman universiti lagi.
Demi membantu keluarganya yang miskin dan dibelenggu hutang-hutang lama, Zahira bangkit daripada kesedihan yang dihadapi untuk membantu emaknya yang juga seorang ibu tunggal, Mak Ani (lakonan Anne Abdullah).
Disebabkan sukar mencari kerja dalam bidangnya, Zahira nekad bekerja di sebuah hotel milik Iqbal (Adi Putra) sebagai pekerja biasa. Bertitik tolak dari situ, kisah percintaan mula berputik antara Zahira dan Iqbal.
Sementara Iqbal yang memiliki anak tunggal bernama Idlan dilihat mudah mesra dengan Zahira sehingga memanggilnya dengan panggilan mama.
Meskipun sering kali diberi peranan sebagai perempuan kampung, bagi Zara dia tidak pernah cerewet ketika menerima sesuatu watak itu.
“Saya tidak pernah memilih watak. Apabila dapat skrip saya akan ubah dan jadikan karakter saya itu lebih segar. Nama pun pelakon, banyak benda boleh diteroka dalam membawa karakter itu dengan penuh warna-warni,” ujar Zara lagi
Artikel Penuh: www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1109&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz3IZSr0Kvc
Hakcipta terpelihara