Amah Dakwa Didera Raja Bomoh, Terpaksa Terima Jahitan 30cm
PETALING JAYA: Seorang amah mendakwa telah dibelasah dan dipukul oleh bekas majikannya, Ibrahim Mat Zain atau lebih terkenal dengan panggilan Raja Bomoh 1Malaysia.
Amah berkenaan, Menik Fitriyanti, 47, berkata dia terpaksa menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter selain daya ingatannya terjejas.
Memetik laporan dari Free Malaysia Today, Menik bertindak melarikan diri dan pulang ke Indonesia pada 4 November lalu setelah tidak tahan di dera oleh Mat Zin sejak setahun lalu.
Menurut anak perempuan Menik, Alfa Nurismayanti, ibunya sering kali dipukul oleh Mat Zain sehingga mengalami kecederaan teruk di kepala.
Menurut Alfa lagi, ibunya pernah memberitahu bahawa di tidak mahu bekerja di Malaysia dan ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh majikannya.
“Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami.
“Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah,” katanya.
Alfa juga turut menerangkan keadaan ibunya dimana terdapat kesan luka di leher, perut serta kaki. Ibunya dikatakan dalam keadaan trauma akibat didera oleh Raja Bomoh itu.
Alfa juga mengatakan oleh kerana ibunya bekerja di Malaysia secara tidak sah, pihaknya tidak mengharapkan sebarang bantuan dari pihak berkuasa. Apa yang penting baginya sekarang adalah merawat dan menyembuhkan kecederaan yang dialami oleh ibunya.
Kes penderaan Menik ini telah mendapat liputan yang meluas media di Indonesia dan pihak berkuasa Indonesia juga akan memberi perhatian terhadap isu penderaan tersebut. - Siakapkeli.com.my