berdasarkan daripada kemampuan team sekarang, maybe thread ni tak panjang kut tambah plak baru baru ni mesia baru je lepas kalah 3-1 dengan Vietnam nak lepas group pun macam susah je...
dalam group, mesia kena kalahkan Singapura atau Thailand at least untuk pegi next round. team Thailand agak on form sekarang, baru baru ni diorang baru je kitai filipina 3-0 baru baru ni.
Singapura plak, baru baru ni maybe result diorang takde la power sangat tapi perlu diingat, mereka adalah juara bertahan AFF 2012 dan juga diorang ada home advantage. so expect no pushovers.
dan Myanmar... well, kita kena berharap yang kita tak kalah dengan myanmar. kalau dengan myanmar pun takleh menang, maka wajarlah kita lupakan saja piala AFF ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar enggan mengulas panjang mengenai prestasi semasa skuad bola sepak negara. Sebaliknya beliau mengharapkan Harimau Malaya dapat melakukan yang terbaik dalam usaha menutup mulut pengkritik.
Dalam laporan Sinar Harian, KJ berkata: "Mengenai sasaran di kejohanan AFF, saya tak mahu komen lebih, apa-apa pun kita mengharapkan yang terbaik daripada skuad Harimau Malaya.
"Saya yakin jurulatih tahu apa yang perlu dibuat. Biarkan saja dia seorang yang buat keputusan, tak perlu kita komen lebih-lebih," katanya.
Kejohanan Piala AFF Suzuki akan berlangsung di Singapura bermula 23 hingga 29 November ini. Skuad Harimau Malaya bimbingan Dollah diletakkan dalam Kumpulan B bersama Myanmar, Thailand dan Singapura.
Pasukan kebangsaan dikritik hebat oleh penyokong-penyokong selepas menyaksikan kekalahan 0-3 kepada Syria, sebelum tewas sekali lagi kepada Vietnam 3-1 dalam persahabatan.