soalan peberet 1) mana Brendan Gan? 2) mana nazrin nawi? 3) mana kecik? 4) mane nik shahrul 5) mana Nazmi Faiz (forget it, he's not perfoming this year) 6) striker Amri, Safee Sali dengan Matyo je? apesal tak panggil Diaz dengan Figeroa sekali..
Tanpa kelibat pemain-pemain ini dalam temasya Piala AFF Suzuki 2014 : 1. R.Gopinathan (cedera) 2. Aidil Zafuan (cedera) 3. Joseph Kalang Tie (Kahwin) 4. Brendan Gan (Tak Dipanggil) 5. Razman Roslan (Tak Dipanggil) *Bagaimana peluang kita?
Last Edit: Nov 17, 2014 21:49:55 GMT 8 by manjacat
KUALA LUMPUR - Sudahlah tewas 1-3, persiapan Dollah Salleh seminggu menjelang Piala AFF semakin terganggu apabila berdepan krisis pertahanan selepas tamat perlawanan menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, semalam. Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak dan R. Gopinathan sah digugurkan daripada skuad ke Singapura akibat kecederaan. Dollah juga kehilangan dua pertahanan PDRM, Mohd. Muslim Ahmad dan Afif Amiruddin dalam perlawanan pembukaan menentang Myanmar, Ahad ini. Muslim dilayangkan kad merah dalam perlawanan semalam sementara Afif Amiruddin mungkin diketepikan kerana masalah hamstring. Ini bermakna, Dollah hanya mempunyai Mohd. Fadhli Shas, selain kapten, Mohd. Shukor Adan untuk mengisi posisi pertahanan tengah. Pertahanan Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014, Razman Roslan dan Ronny Harun berada dalam senarai menunggu, namun memandangkan masa semakin suntuk, Dollah mungkin mengambil risiko dengan bergantung kepada pemain sedia ada. “Selepas bermesyuarat dengan staf kejurulatihan saya membuat keputusan menggugurkan Aidil dan Gopinathan kerana masih belum pulih daripada kecederaan. “Selain itu, kami turut memutuskan untuk tidak menyenaraikan Mohd. Farhan Roslan dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Kecik). “Keputusan ini diambil atas faktor keperluan pasukan dan pengalaman yang ada pada setiap pemain,” katanya kepada Utusan Malaysia. Mengenai kekalahan 1-3 kepada Vietnam, Dollah berasakan pemberian kad merah kepada Muslim pada minit ke-48 menjadi penyumbang keputusan itu. Beliau bagaimanapun memuji persembahan para pemainnya yang berada di tahap memuaskan. “Secara keseluruhan, kami beraksi dengan baik pada separuh masa pertama dengan mendapat empat ke lima peluang untuk menjaringkan gol, namun hanya satu mampu dimanfaatkan. “Cuma apabila di separuh masa kedua, para pemain sekali lagi mengulangi kesilapan mudah. “Pemberian kad merah jelas merencat corak persembahan pasukan secara keseluruhan. “Apa-apa pun, saya tetap yakin pasukan ini sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Piala AFF pada 23 November ini, ” katanya. Selepas bertemu Myanmar, Ahad ini, Malaysia akan menentang Thailand (26 November) dan Singapura pada 29 November.